Monday, November 30, 2009

Aidiladha aku yg plg bermakna

Tahun 2009 ni merupakan tahun ke-26 aku menyambut aidiladha. Selama ini kehadiran aidiladha seakan-akan tidak memberi makna kepadaku kerana kemeriahaannya tidak seperti sambutan aidilfitri tetapi sambutan aidiladha kali ini adalah aidiladha yg paling bermakna dan istimewa sepanjang aku hidup di atas muka bumi ini.

Sebab utama ialah buat pertama kali aku terlibat dengan aktiviti korban. Bertungkus-lumus aku tarik lembu, menenangkan lembu yg mengamuk, melihat penyembelihan lembu, melapah, menimbang daging lembu dan sebagainya. Walaupun terpaksa berpanas di bawah pancaran terik matahari, aku dapat rasakan keseronokan melibatkan diri dalam aktiviti korban ini. Sebenarnya program korban ini anjuran parlimen tempat aku iaitu di Jempol (Bahau) dan kira-kira 2000 penduduk kampung terlibat dlm program Korban Perdana ini. Yang peliknya, warna tema baju program ini ialah merah. Mungkin sebab itulah aku tengok lembu2 yg bakal dikorbankan tidak senang duduk sehinggakan banyak lembu yang terpaksa diangkut dengan bajak utk ke tempat penyembelihan. Alhamdulillah, nama aku dimasukkan dalam salah satu drpd 7 bahagian seekor lembu yg dikorbankan. Rasa terharu bila nama aku disebut sebelum aktiviti penyembelihan dilakukan.

Oklah aku rasa itu je yg aku nak kongsikan ttg pengalaman aku sewaktu sambutan aidiladha baru2 ni. Di bawah antara gambar2 yg sempat aku ambil utk tatapan kalian.

Kemeriahan sambutan aidiladha di kg aku

Sempat berposing...huhu

Lembu yg terpaksa diangkut menggunakan bajak

Bersama wakil rakyat, YB Dato' Lillah Yassin


Saturday, November 28, 2009

Khas untuk kawan-kawan pembantu felo Kolej Tun Ghaffar Baba, UTM Skudai

Salam semua..

Alhamdulillah, aku akan melanjutkan pelajaran aku tidak lama lagi. Jadi di kesempatan ini, aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kawan2 khususnya mereka yang pernah dan sedang berkhidmat sebagai pembantu felo (PF) di Kolej Tun Ghafar Baba (KTGB), UTM Skudai. Aku masih ingat lagi ketika aku mula2 menjadi PF di KTGB pada tahun 2007 yg mana ketika itu aku masih tercari2 kawan utk aku dampingi. Alhamdulillah, aku telah membuat keputusan yg tepat utk menjadi PF di KTGB. Sehingga ke saat ini, walaupun PF di kolej ini saling berganti, hubungan kami sebagai kawan tidak pernah terputus. Thanks guys. Sesungguhnya kenangan bersama kalian menjadi salah satu lipatan sejarah dalam hidup aku yang insyaAllah takkan aku lupakan selagi hayatku dikandung badan.

Thanks for being my friends..


video

Friday, November 27, 2009

Penangan NUR KASIH


Hmmmm…tamatlah sudah episod terakhir drama bersiri Nur Kasih. Dijangkakan 5 juta penduduk Malaysia menonton episod terakhir ini dan aku merupakan salah seorang yg tidak ketinggalan untuk menonton episod terakhir ini. Walaupun banyak sinopsis cerita ini yang bersepah-sepah di internet, aku tetap tidak membacanya sebab aku sukakan kejutan. Tak suspen kalau kita dah tahu jalan cerita. Bagi aku drama ini merupakan drama melayu terbaik pernah aku tonton. Terus-terang aku katakan yang di awal kemunculan cerita ini, aku tidak ambil peduli kerana sangkaanku drama ini lebih kurang sama dengan drama-drama tipikal melayu yang lain. Aku mula mengikuti cerita ini sejak episod 14 setelah aku ikuti episod 1 hingga 13 daripada video yang telah dimuatturun oleh kawanku. Bagi aku terdapat tiga faktor utama yang menjadi kekuatan drama bersiri ini iaitu jalan cerita, sinematografi dan watak-watak yang mewarnai drama ini. Jalan cerita yang lain daripada yang lain ditambahkan lagi dengan plot-plot sinematografi yang menarik menjadikan drama ini menjadi ikutan jutaan peminat drama melayu. Bagi aku pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama ini membawakan watak masing-masing dengan begitu berkesan sekali. Ini sebenarnya faktor utama kejayaan Nur Kasih. Watak utama yang begitu menarik perhatian aku ialah watak Nuramina. Siapa yang taknak dapat awek macam Nuramina ni kan. Lengkap serba serbi untuk seorang wanita idaman sang lelaki; cantik, kuat pegangan agama, sopan-santun dan sebagainya. Cuma aku sedikit kecewa rupa-rupanya pelakon yang membawakan watak Nuramina sebenarnya tidak seperti wataknya dalam Nur Kasih..hehehe..pada pendapat aku, kalaulah pelakon Nuramina ni betul-betul bertudung, pasti lebih ramai peminat beliau..

Oklah itu sahaja pandangan aku terhadap drama ini. Sebagai anak Malaysia, aku rasa bangga dengan kemunculan drama ini. Takdalah kita asyik nak layan sinetron indonesia, drama bersiri mexico, dll..Tetapi apa yang pasti, selepas ini jumaat malam tiada lagi drama Nur Kasih, tiada lagi update status FB pasal Nur Kasih dan tiada lagi sembang-sembang coffee pasal Nur Kasih. Semoga banyak lagi drama-drama melayu berkualiti akan muncul selepas ini.

p/s: dengar ura-ura drama Nur kasih ni akan difilemkan..kalau betul, rasa2 boleh box-office

Related Posts with Thumbnails