Thursday, December 31, 2009

TOP 1 sejarah penting dalam hidup aku sepanjang tahun 2009


Salam semua..

Sukacita dimaklumkan, keputusan Candid Photo Contest akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian. Sebagaimana yang dijanjikan, untuk entry kali ini, aku ingin berkongsi dengan kalian, sejarah terpenting dalam hidup aku dlm tahun 2009 ini.

Tangga PERTAMA


Tiada apa yang bermakna dalam hidup aku sepanjang tahun 2009 SELAIN dikelilingi, disokongi dan ditunjangi oleh ahli keluarga, pelajar dan rakan yang aku hormati.

Biar renggang di fana dunia,

Biar hina di mata manusia,

Biar semangat semakin tua,

Biar akal semakin berusia,

Jangan tergadai silaturrahim kita.



Tuesday, December 29, 2009

TOP 5 sejarah penting dalam hidup aku sepanjang tahun 2009

Salam semua...


Alhamdulillah, Candid Photo Contest semakin mendapat sambutan. Thanks kepada semua yg memberi sokongan. insyaAllah semuanya akan dinilai secara adil dan saksama. Kemungkinan besar tarikh pengumuman yang sebelum ini dirancang pada 1 Januari 2010 akan ditangguhkan memandangkan para juri perlu mengambil sedikit masa utk menilai gambar2 candid anda semua.

So entry kali ni xde kene mengena dgn contest tersebut. Memandangkan tidak sampai 48 jam lagi kita akan menyambut tahun baru 2010, adakah kita sudah imbas kembali perkara2 penting yang berlaku sepjg tahun 2009 ini. Adakah tercapai sudah matlamat yang kita tetapkan pada awal 2009?? Adakah banyak peristiwa manis berbanding peristiwa pahit? Jom kita refleks kembali.

Sebenarnya banyak perkara penting sama ada pahit ataupun manis yg terjadi terhadap diri aku spjg tahun 2009 ni tetapi lima perkara ini yang betul2 memberikan kesan terhadapku. Berikut merupakan TOP 5 peristiwa penting dalam hidup aku sepanjang tahun 2009.

Tangga ke-5

Melancong dan makan angin di Malaysia dan luar negara. Tahun 2009 merupakan tahun yang menyaksikan aku banyak makan angin dpd makan nasi..hehehe... Banyak tempat dalam dan luar negara yang telah aku kunjungi. Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Pulau Perhentian, Desaru, Gunung Ledang, Sungai Gabai, Jakarta, Indonesia, Kota Guangzhou n Shenzhen, China. Yang paling aku x boleh lupa bila pertama kali aku drive dari Skudai, Johor ke jeti Besut, Terengganu utk ke Pulau Perhentian …12 jam aku memandu…10 mlm bertolak..10 pagi baru sampai jeti Besut…rasa mcm nak muntah je masa memandu…hahaha…Selain tu, aku juga telah berpengalaman berscuba diving walaupun hanya dalam kolam renang..hehehe..sebenarnya aku mkn angin ni bukan suke2..byk peristiwa pahit yg aku lalui spjg tahun 2009 ni dan salah satu terapinye ialah dgn pergi melancong utk tenangkan fikiran..


Tangga ke-4

Menerima pingat perak dalam Pertandingan Penyelidikan Pendidikan Nusantara anjuran UKM Bangi dan Universitas Riau, Indonesia pada Mei 2009 dan sekali lagi memenangi pingat perak dalam 11th Industrial Art & Technology Exhibition 2009 (INATEX). Alhamdulillah..dan insyaAllah sekali lagi aku akan menyertai Invention and Innovation Award 2010 sempena Malaysia Technology Expo (MTE) 2010 di PWTC pada Februari 2010..kalau ada rezeki dlm pertandingan tersebut, aku akan mewakili universiti ke luar negara pula..mudah2an..


Tangga ke-3

Adik perempuanku disahkan mengandung…yahoooo!! Aku bakal bergelar paklong..mak ngan ayah aku bakal bergelar wan n atok..adik bongsuku bakal bergelar poksu..berita gembira ini dikhabarkan pada bulan mei 2009. Masa tu kandungan adikku baru sahaja mencecah usia sebulan. Sesungguhnya kami semua sungguh teruja menantikan kelahiran ahli keluarga baru pada bulan Februari 2010 nanti, insyaAllah..Doakanlah agar semuanya selamat



Tangga ke-2

Aku xde rezeki nak sambung PhD di Amerika Sykt..entahlah susah aku nak explain kat sini..mula2 frust jugak sbb banyak persiapan yg telah dibuat ditambah pulak dgn duit yg dah byk kopak...rasa tension, malu dan sbgnya telah aku lalui utk mengejar cita2 aku utk bergelar doktor...walau ape pun aku kini sudah pun melanjutkan pengajian PhD aku di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia..I’m proud to be a Malaysian..hehe




Tangga PERTAMA

Tungggggggggggggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!Akan diumumkan menjelang tahun baru


Nota kaki: *rase2 ape ye peristiwa terpenting aku tahun 2009 ni??

Wednesday, December 23, 2009

CANDID PHOTO CONTEST



Salam semua.....

Sempena tahun 2009 bakal menutup tirai x lama lagi, aku nk ambil kesempatan ni utk organize satu contest yang aku namakan sbg Candid Photo Contest. Contest ni mudah je. Cuma cari SATU gambar candid korang yang menarik utk dikongsi bersama. Korang faham2 la ek maksud candid tu ape..candid tu gambar yg diambil tanpa kita sedari ataupun gambar kita yg x pandang kamera..lebih kurang mcm tu la..contest ni aku anjurkan until 31hb december 2009 dan pengumuman keputusan akan aku buat pada 1 Januari 2010.. berminat?? So kalau berminat, berikut merupakan syarat2nya..mudah je..


1. Korang mestilah jadi follower blog aku yg x seberapa ni..hehe..(sambil menyelam minum air..nak promote sikit)


2. Namakan entry korang sbg CANDID PHOTO CONTEST


3. Copy gambar di atas tu dan paste kat entry korang..jgn lupa utk link gambar tu ke entry ini ye. Muat naik (upload) SATU gambar candid korang yg menarik (Contohnye spt gambar di bawah).gambar mestilah original dan bukan gambar org lain..


CONTOH:


4. Lps upload, jgn lupa leave your comment with the link...nanti aku dan para juri akan dtg melawat..


Ok tu je syaratnye..so apa tunggu lagi??? Jom sertai...hadiah lumayan menanti pemenang2 (maksudnya akan ada byk pemenang la)!!!!!!!!


Nota kaki:

*tgh pikir nak bagi hadiah ape..

Monday, December 21, 2009

Checklist dalam masa tiga tahun


Salam semua


Tahun 2010 bakal menjelma x lama lg..tinggal beberapa hari je lg..dan bermkna smkn meningkat la umur kita semua..umur meningkat, tp muka awet muda xpe..hahaha..so tahun 2010 akan bermulalah fasa baru dlm hidup aku..fasa rumahtangga??? Owh tidak..belum lagi….fasa kembali ke alam remaja..yes! aku akan menjadi seorang pelajar semula..pelajar tua..rasa berdebar jugak..almaklumlah dah lama benar aku tinggalkan zaman study..last time waktu aku habis master tahun 2007 and now I’m back to become a student..walauapapun zaman student bukan zaman utk aku enjoy sebab aku hanya diberikan tiga tahun utk menghabiskan study aku. Dan aku bukan hanya berazam utk study saja dlm masa tiga tahun ni sbb aku ada agenda aku sendiri..dan ini merupakan checklist yg akan aku tick from time to time within these three years..


Habis PhD on time..tiada pilihan jawapan…hanya YA


Pandai berenang…sbb aku plan setiap ptg aku nk amik kelas renang..hehehe..pagi pulun study..petang kenalah riadah sikit..huhu..plan je..ntah2 lps ni setiap ptg..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz



Rumah? Mestilah kena kumpul harta utk masa depan..aku plan utk beli rumah selepas aku membntangkan proposal PhD aku..selalunya selepas setahun aku belajar..aku plan nak beli rumah kat tmn perumahan je..tapi mak aku membebel x bagi..dia suruh aku beli tanah dulu, pastu buat banglo..huh



Aku plan utk baca suratkhabar bahasa inggeris setiap hari..x mahu lg baca utusan atau berita harian..huhu..poyo..bukan apa, aku plan nak improve english aku..maklumlah universiti tempat bakal aku study ni merupakan universiti yang memperjuangkan bahasa kebangsaan kita..so aku kenalah usaha sendiri utk improve english aku..manalah tahu, aku kena mengajar international students satu hari nanti

Kahwin?? Siapa yg xnak kahwin and ada anak beb ..insyaAllah kalau aku dipertemukan jodoh, aku xkan lupakan korang..kad bakal ku kirim..hehehe..


Nota kaki:
*ada cadangan tambahan checklist??

Saturday, December 19, 2009

Fakta2 menarik lawatan ke China

Salam semua...


Sebagaimana dijanjikan, aku ingin berkongsi cerita ttg pengembaraan aku di Negara China baru2 ini.. aku sbnarnya menyertai Global Outreach Program..plan asal sbnrnya nak ke Beijing..wbgmanapun disebabkan salji yg tebal di sana, kami menukar plan utk ke Guangzhou dan Shenzhen..dan sbg org yg suke travelling aku pastikan aku x ketinggalan utk sertai program tsb dan ternyata lawatan aku x sia2...penat tapi bestt...

bergambar kenang kenangan dgn pakcik penjual lempeng telur


Sepanjang berada di negara tembok besar itu, byk benda2 baru yang aku pelajari..pendidikan, pembangunan, budaya dan banyak lagi..banyak fakta menarik yg aku dapat sepanjang berada di sana..berikut aku senaraikan fakta2 menarik berdasarkan kpd pemerhatian aku berada di kota Guangzhou dan kota Shenzhen, China..

1. Kota Guangzhou dihuni oleh seramai 14 juta penduduk daripada 1.4 billion penduduk China (China merupakan negara yg paling ramai penduduk di dunia)..jumlah ini lebih separuh daripada jumlah penduduk malaysia (26 juta)

2. Guangzhou merupakan bandar ketiga terbesar di China dan bandar terbesar di selatan China. Guangzhou telah terpilih untuk menjadi tuan rumah temasya Sukan Asia 2010

Guangzhou juga dikenali sbg kota kambing

3. Penduduk China tidak boleh memliki lebih drpd seorang anak. Jika tidak, mereka akan didenda sebanyak 70000 yuan (RM35000) utk setiap anak. Dan disebab itulah kita akan jarang bertemu dgn kanak2 mahupun kedai pakaian kanak2 di bandar2 besar China termasuklah di Guangzhou

4. Motosikal
tidak dibenarkan sama sekali utk digunakan di kawasan bandar. Mula2 aku agak pelik sebab tiada langsung motosikal di kawasan bandar. Basikal yg memiliki nombor plat dibenarkan untuk menggantikan motosikal. Menurut tourist guide yg mengetuai rombongan, tujuannya adalah untuk mengurangkan pencemaran dan juga membendung gejala ragut.

di hadapan tugu peringatan sun yat sen


5. Kota Guangzhou juga dikenali sbg kota kambing. Sepanjang kami berada di sana, tidak kiralah makan tengahari mahupun makan malam, kami disajikan dengan lauk dan satay kambing..

6. Harga pen drive bersaiz 600GB hanya berharga 50 yuan iaitu bersamaan dgn RM25. Fakta yg menarik bukan? Tapi kena check dulu sbb ada beberapa peserta yg tertipu kerana apabila check di hotel, kapasiti pen drive tsb hanyalah 0GB..hehe...tipah tertipu....Walaubagaimanapun aku tak sempat nak beli banyak gadget menarik di sana kerana kekurangan wang. Kat sana susah nak cari money changer. Mmg menyesal tak tukar duit Malaysia byk2 sebelum berlepas.

di masjid tertua di Guangzhou


7. Penduduk China berkomunikasi dalam bahasa cina. Jadi agak sukar untuk kami tawar menawar semasa urusan jual beli dijalankan. Perkataan bahasa inggeris yg selalu mereka gunakan ialah "cheap, cheap, cheap", "good quality" dan "last, last, last price"..tu je..yg lain mereka guna bahasa cina..nasib baik ada peserta cina yg boleh jadi translator.

8. Kota Shenzhen iaitu destinasi kedua yg kami lawati hanya dipisahkan oleh sebatang sungai dengan Hong Kong. Walaubagaimanapun kami tidak dibenarkan untuk ke Hong Kong kerana visa kami hanya untuk lawatan ke China shj..xpe..next time ade rezeki boleh ke Hong Kong pulak..

di South China Normal University

9. Kota Shenzhen merupakan antara bandar paling pesat membangun di dunia

bergambar di salah sebuah taman di Shenzhen


10. Kalo mahu membeli sesuatu kena pandai tawar menawar..ada tips sebenarnya kalo mahu tawar menawar..pjg ceritanya kalo mahu dikongsi di sini.

berlatarbelakangkan kota Hong Kong

di Shenzhen International Airport utk berlepas pulang


Nota kaki:

*sempat gak beli 2 biji helicopter remote control berharga 60yuan (RM30)
*beli jade tp x beli sutera

Black and White Photo Contest!!!

Salam semua..


hrmmm...dah seminggu aku x update blog due to my visit to Guangzhou n Shenzhen, China..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..penat tapi best..insyaAllah aku akan update blog utk story kisah aku di negara tembok besar itu..lawatan sambil belajar ke China mmg menyeronokkan..banyak benda baru yg kita boleh pelajari dari negara tersebut..mmg tepatlah kata junjungan Nabi Muhammad s.a.w "Tuntutlah ilmu hingga ke negara China"..

Semasa blog walking sejurus selepas sampai di Malaysia hari ini, aku terjumpa satu peraduan Black and Photo Contest yang telah dianjurkan oleh thecamerajunkie.
Jadi aku rasa berminat pulak tetiba untuk menyertai peraduan tersebut. Manalah tahu ade rezeki..hehehe


Gambar tersebut telah aku ambil sewaktu aku melawat Xiguan Custom Museum semasa lawatan aku di Guangzhou, China. Muzium tersebut mempamerkan sebuah rumah golongan bangsawan ketika zaman dahulu. Banyak bahan klasik yang dipamerkan termasuklah baju, perabot, gambar dan sebagainya. Aku jadikan gambar ini hitam putih kerana aku berpendapat hitam dan putih merupakan warna2 klasik.

Thanks to thecamerajunkie sbb anjurkan peraduan sebegini..Ok..insyaAllah aku akan update kisah aku di China tak lama lagi. jadi tungguuuuuuu!!!!!

Thursday, December 10, 2009

The great farewell party EVER!!!!!

Salam semua.....

Hari ni aku masih lg nak cerita ttg farewell party. Hrp2 xdelah yg bosan nak membacenye..aku tulis ni sbb aku betul2 nk menghargai ape yg kwn2 aku dh organize utk aku..kalo dulu, aku yg organize utk mereka tapi kali ni mereka pulak yg organize utk aku..tq frens..itu saje yg mampu aku luahkan..aku betul2 terharu n really2 appreciate it..

Kami, the seven wonderers

Bertempat di Taman Merdeka, JB..kitorang makan secara buffet..harga satu kepala aku x amik tahu pun sbb diorang yg belanja..makanan mmg banyak pilihan sampai x termampu nak rasa ke semua sekali..ape2 pun makanan kat sana mmg lazat2 belaka..tapi bagi aku, itu semua x penting sbb apa yg penting kerjasama..hahaha..dah mcm wonder pet pulak..yg penting ialah semua kawan2 aku ada..the seven wonderers..xde seorg pun ketinggalan..mmg best!! Mlm tu jugak aku dapat hadiah yg bagi aku simple tp cukup bermakna utk aku..sebuah jam dinding yg ada gambar kami semua..lps ni bolehlah aku gantung jam kat bilik study aku nnt..bila terpandangkan jam, pasti aku akan ingat mereka..

Pilihan makanan yg banyak

Muka2 kekenyangan


Hadiah kenang-kenangan

lpas makan, kami plan nak karoke kat restoran tu tp memandangkan pengunjungnya ramai especially budak2 lps SPM, kitorang cancel sbb seganla nak nyanyi kat depan org ramai..kalo suara sedap mcm jamal abdillah xpe jugak..hehehe Lps makan, kami gi tengok wayang..cerita santau..bagi aku ceritanye biase2 je..xdelah sampai nk cipta fenomena sebagaimana yg diwar2kan oleh penerbit filem ni..just a typical malay horror movie..kemudian kami supper di Burger King..mmg enjoy habis la kami mlm tu.. Orait friends, aku nk kesempatan ni utk ucapkan jutaan terima kasih utk Faiz, Viky, Razi, Daus, Mars n Suria for the great farewell party n the sweet gift..berkawan dgn korang mmg best n aku harap persahabatan yg kita jalin ni akan kekal utk selama2nya walaupun lps ni kita akan bawa haluan masing2..love u all…mmmuuuuuaahhhhhh!!!!!!

Sambung party di Burger King

Nota kaki:
*ape beza kawan, sahabat n rakan??

Tuesday, December 8, 2009

Puisi Peribadi Seorang Lelaki Dalam Misi Mencari Sang Puteri Bergelar Isteri

Salam semua.....

Pernah tak korang asyik ditanya dengan soalan yang sama pada tempat dan dari orang yg berbeza?? Huhu..yup, aku selalu ditanya dgn soalan yg sama berulang kali tidak kiralah di mana jua aku berada..haha..kalau aku balik rumah, mak selalu tanya..kalau aku balik kampung, atok dgn maktam pulak tanya, kat tempat kerja, akak2 kat ofis rajin bertanya..kawan2 aku pulak sibuk nak menggossipkan aku..so nak tahu ke soalan ape yg aku selalu ditanya?? Soalannye ialah bila aku nak kahwin??? Mmg betul2 soalan cepumas..jadi sajak di bawah kuciptakan khas untuk menjawab soalan tersebut..


Tatkala aku terasa sunyi
Aku sering tertanya sendiri
Apa yang bakal terjadi
Dalam sepuluh tahun lagi
Apakah akan ku miliki
Satu, dua, tiga atau empat isteri
Tapi siapakah bakal isteriku nanti
Adakah dia secantik bidadari
Adakah dia seanggun permasuri
Adakah suaranya semerdu Siti
Bagaimana pula anak yang menjadi penyeri
Berapakah putera, berapakah puteri

Tatkala aku bersendirian
Aku memasang angan-angan
Bagaimana agaknya kehidupanku kemudian
Adakah akan ada di sisiku seorang perempuan

Yang halal di sisi Tuhan

Yang sah dengan ikatan
Dia bukan jenis mata duitan
Dia memilih bukan kerna kedudukan
Tetapi perempuan itu seorang insan
Yang setia menjadi peneman
Yang sudi berkongsi liku-liku kehidupan
Yang bersama menghadapi cabaran
Dengan penuh kesabaran
Dengan penuh ketabahan

Mak juga selalu bertanya
Belum ada lagikah teman istimewa
Sedangkan adik bongsu sudah berpunya
Inikan pula aku yang paling tua
Kadang rimas juga dibuatnya
Tapi nak buat macam mana
Puas otakku cuba mereka cerita
Akhirnya aku tetap menjawab juga
Dengan rasa penuh bangga
Kujelaskan mahu tumpukan kerjaya
Kukatakancome on lah mak, abg masih muda’

Sesungguhnya jauh di sudut hati
Ku terus panjatkan doa kepada Ilahi
Semoga jodohku bakal kutemui
Untuk bertemu dengan sang puteri
Yang cantik budi pekerti
Yang lembut hati dan budi
Yang indah mata memerhati
Dan dalam masa yang sama ku teruskan mencari
Dengan ikhlas dan berhati-hati
Dengan bersungguh kutekadkan diri
Untuk bersua dengan seorang bidadari
Ku terus dan terus mencari tanpa henti
Kerna ku tahu hidup ini takkan bererti
Tanpa wujudnya di sisi
Seorang wanita bernama isteri


Sape yg xnak ade awek...huhu


Nota kaki:
*Ada orang kata life is easy
Tapi mudahkah mencari bakal isteri
Yang bukan untuk bersama sehari
Tapi untuk sehidup dan semati
*xde sesape nak kenalkan aku dgn seseorg ke? huhu

Monday, December 7, 2009

TENSION: nyah ko dari hidup aku!!!

Salam semua...

Tension??
Tertekan?? Stress?? Pressure?? Semuanya mempunyai maksud yang sama dan semuanya pasti pernah menganggu hidup kita, betul tak?? X kiralah semasa bekerja, belajar, masalah pribadi dan sebagainya. Cuma semuanya bergantung pada diri kita bagaimana untuk mengatasinya. Tahun 2009 ini merupakan tahun yg paling stress dalam kamus hidup aku. Daripada masalah nak sambung study hinggalah ke masalah pribadi. Tapi Alhamdulillah, aku berjaya menghadapinya dengan tabah walaupun terpaksa melalui pelbagai onak dan duri..cheewwaaahhh!! dan hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan memasuki tahun baru, tahun 2010. Setiap kali memasuki tahun baru bermakna semakin meningkatlah usia kita. Hehe..dan aku juga bakal memasuki fasa baru dalam hidup aku iaitu fasa PhD. PhD?? Permanent Head Disease????? Atau Perasaan Hasad Dengki?? Hahaha..PhD stands for philosophy doctorate..yup, aku akan menyambung pelajaran aku ke peringkat PhD. Aku berdoa agar aku akan belajar dalam keadaan tenang dan happy supaya aku dapat menghabiskan pengajian aku dalam tempoh yang telah diberikan. Aku mahu mulakan hidup baru. Aku mahu buang segala perkara2 negatif yg ada pada diri aku especially sikap mudah tertekan, cepat berasa putus asa dan sebagainya. Namun aku hanya mampu merancang, tuhan yang maha esa sahaja yang bakal
menentukan segala-galanya. Yang penting aku berazam dan berusaha untuk memperbaiki diri aku di samping terus berdoa dan bertawakkal.

Katakan TAKNAK pada stress!!

Katakan TAKNAK pada tekanan!!

Katakan YA pada kegembiraan!!!

Nota kaki
* nak tanya pendapat kwn2, kalo korang stress korang wat ape?? mkn? tido?


Aku hanya insan biasa

Salam semua..

Video ini kubangunkan khas buat kawan2 dan bekas2 pelajar aku. Maaf kalau ada gambar kalian yg tidak dimasukkan ke dalam video ini sebab mungkin gambar kalian tiada dalam simpanan aku. Semoga persahabatan yg kite jalin akan kekal untuk selama-lamanya,insyaAllah. Nukilan sajak di bawah ku tulis khas buat anda semua.


video
Aku manusia biasa
Tidak sesempurna Nabi yang mulia
Tidak seagung raja yang berkuasa
Tidak sehebat tokoh yang berjasa
Namun aku masih boleh berbangga
Apa kucapai hasil keringat usaha


Aku pemuda biasa
Yang tidak punya apa istimewa
Yang tidak punya harta berjuta
Yang masih belajar mengenal dunia
Namun aku berdoa agar dilimpahi tenaga
Untuk dikekalkan semangat terus berjaya


Aku insan biasa
Yang tak terlepas dari melakukan dosa
Yang tak mampu bertahan dari nafsu membara
Yang tak terlawan dari godaan syaitan durjana
Namun aku cuba sedaya upaya
Untuk menangkis godaan yang ada


Aku hamba biasa
Makhluk tuhan yang Esa
Yang banyak cacat dan cela
Yang hidupnya banyak sengketa
Namun aku tetap bersyukur kehadratNya
Dengan segala apa yang dikurnia

Dan
Kerna aku hanya manusia, pemuda, insan dan makhluk biasa yang serba kekurangan
Izikan aku mengambil kesempatan
Andai bicara pernah menyinggung perasaan
Sepuluh jari aku hulurkan
Andai tindakan pernah kurang menyenangkan
Aku mengharap sejuta kemaafan
Andai pernah terminum dan termakan
Aku pohon minta dihalalkan


Kita hidup hanya sementara
Manalah tahu esok atau lusa
Nyawa dicabut untuk selamanya
Andai ada dendam di dada
Mohon maaf ikhlas dipinta
Dari aku, Halim Abdullah
buat sahabat yang disayangi semua

A THOUSAND OF THANKS FOR BEING MY FRIENDS

Sunday, December 6, 2009

Teruja menggunakan Adobe Photoshop!!!!!

Salam semua…

Mcm mane dgn hujung minggu anda?? Mesti ramai yg pegi tgk wayang, men bwling, kuar shopping dan sbgnya. Aku pulak cuma duduk berehat di bilik disebabkan keletihan berscuba diving smlm masih terasa. Walaubagaimanapun entah kenape tetiba aku berasa semangat utk mengedit gambar2 aku menggunakan ADOBE PHOTOSHOP. Aku begitu teruja sehingga sanggup melayari internet utk mendapatkan step by step instruction tentang cara untuk mengedit gambar. Di bawah ini antara hasil2 nukilan aku. Barangkali ramai yg berpendapat gambar2 yg aku edit nampak biasa dan tiada istimewanya tetapi tidak utk beginner seperti aku. Ape2 pun aku berpuas hati dengan gambar2 ini dan akan terus belajar menggunakan perisian Adobe Photoshop ini.

Gambar asal

Gambar diedit

Gambar asal

Gambar diedit

Gambar asal

Gambar diedit

Gambar asal

Gambar diedit

Gambar asal

Gambar diedit

Gambar asal

Gambar diedit

Gambar asal

Gambar diedit

Gambar asal

Gambar diedit


Nota kaki:
*gigih x tido mlm belajar photoshop
*klik pd gambar utk paparan yg lebih jelas =)

Related Posts with Thumbnails