Saturday, February 5, 2011

Arghhhhhhhhhhhhh...bosan..jom buat lawak

Arghhhhhhhhhhhh...aku tengah BOSAN + PRESSURE + STRESS..
terlalu banyak kerja sampai x tau nak wat ape..
jom buat lawakkkk....


LAWAK 1

A teacher is giving a motivation to his students..

Teacher: Ok Class, if A = 1%, B = 2%, C = 3%.....& ...Z = 26%..
then H+A+R+D+W+O+R+K=98%
Can you give me other words?
Student 1: L+U+C+K=47%
Teacher: Ok Not bad...
Student 2: K+N+O+W+L+E+D+G+E=96%
Teacher: Very good
Student 3: A+T+T+I+T+U+D+E=100%
Teacher : Excellent!
Student 4: BUT Teacher..ZZZZZ=130%..sleep is better..
Teacher: ????




LAWAK 2

A couple are having a dating..

Boyfriend: Darling,you're ABCDEFGHIJK
Girlfriend: What does it mean?
Boyfriend: Attractive,Brilliant,Cute,Darling,Elegant,Funny,Gorgeous,Hot
Girlfriend: So sweet.What does IJK mean?
Boyfriend: I'm Just Kidding :P...
Girlfriend: What??okey,you're LMNOP
Boyfriend: Thank you.LMNOP must be Loving,Matured,No Ordinary Person
Girlfriend: Excuse me.Liar,Monkey,Naughty,Orangutan, Piiiiiiiiraaahhhhh.
Boyfriend: ????

Sunday, October 17, 2010

Rehat sekejap

Salam semua

Rehat sekejap
Untuk minda dan tenaga
Juga fizikal dan mata
Penat mengadap komputer sepanjang masa
Mengupdate status facebook entah apa-apa
Menulis di blogspot meluahkan rasa

Rehat sekejap
Untuk tenangkan fikiran
Untuk mencari ketenangan
Untuk memikirkan masa depan
Untuk muhasabah tentang apa yang telah aku lakukan
Aku perlukan masa untuk bersendirian

Rehat sekejap
Setelah hampir setahun bergelar pelajar PhD
Aku inginkan rehat untuk diri sendiri
Tahun pertama di universiti
Penuh ranjau dan duri
Bulan disember ini
Paling mendebarkan hati
Kerana pembentangan proposal PhD
Yang bakal menentukan hala tuju selepas ini

Sunday, October 10, 2010

Fakta menarik perkahwinan angkasawan negara

Salam semua

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor
yes, beliau merupakan angkasawan pertama negara
aset kebanggaan negara
raya tahun 2007
seluruh warga Malaysia menyaksikan detik-detik bersejarah beliau ke angkasa lepas
erkk...pembaziran?
lain orang lain persepsi
bagi aku ianya bukan merupakan pembaziran
tapi ianya satu bentuk pelaburan
kejayaan beliau pastinya akan menyuntik
semangat, azam dan iltizam
budak-budak tadika, pelajar sekolah rendah, sekolah menengah
untuk berjaya dalam bidang sains dan teknologi
kalau pun bukan menjadi seorang angkasawan
mereka boleh menjadi seorang saintis, doktor, engineer
yang pastinya dapat membangunkan negara pada masa hadapan

hari ini
10/10/10
tarikh beliau melangsungkan perkahwinan
dengan pilihan hati
berikut antara fakta-fakta menarik majlis perkahwinan beliau pada 10/10/10

  • Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya Dr Halina Mohd Yunos, seorang doktor bius di Hospital Selayang
  • Perkahwinan yang bakal menjadi “Wedding of the decade” dapat disaksikan secara langsung live dari kaca TV
  • Perkahwinan berkonsepkan Istana Kayangan
  • Tetamu yang bakal menghadiri perkahwinan itu nanti adalah 100 angkasawan daripada 35 buah negara disamping tetamu kehormat dari dalam dan luar negera menjadikan majlis ini bukan majlis biasa
  • Konsep tradisional dan elemen dongeng melayu itu bakal membuka mata tetamu luar negara tentang kebudayaan Malaysia
  • Pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 1 Januari lalu telah memilih tarikh 10 Oktober 2010 untuk majlis perkahwinan mereka sempena ulang tahun ketiga Dr. Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)
  • Dr. Sheikh Muszaphar sebagai anak melayu pertama ke angkasa lepas akan di tampilkan dengan pakaian kepahlawanan melayu lama

Majlis pernikahan





Kad jemputan perkahwinan








Gambar-gambar pra perkahwinan

p/s: aku pula hanya mampu bermimpi berkahwin di angkasa lepas..hehe

Saturday, October 9, 2010

Peringatan buat peminat artis Korea

Salam semua..

Baru-baru ini aku ada terbaca salah satu artikel di dalam sebuah akhbar tempatan bahasa melayu yang bertajuk Artis Punca Kes Bunuh Diri. Artikel tersebut melaporkan bahawa kaji selidik terbaru mendapati kadar bunuh diri yang tinggi di kalangan orang awam (peminat) di Korea dalam tempoh dua bulan selepas berita dan publisiti meluas tentang seseorang selebriti yang mati membunuh diri. Dengan lain perkataan, setiap kali ada artis Korea yang mati akibat membunuh diri, golongan peminat fanatik mereka akan turut membunuh diri dan senario ini sememangnya sangat membimbangkan kerajaan Korea. Salah seorang artis terkenal Korea yang membunuh diri ialah aktres dan model Choi Jin Shil yang mati pada tahun 2008. Dan bilangan peminatnya yang turut membunuh diri dalam tempoh 2 bulan selepas berita kematiannya dilaporkan ialah 1008 orang. Antara artis terkenal lain yang turut membunuh diri ialah Ahn Jae Hwan yang mana 694 peminatnya turut membunuh diri, 513 kes (Yooni), 495 (Lee Eun Joo) dan 323 kes (Jun Da Bin). Laporan ini membuktikan bahawa tidak hairanlah mengapa Korea merupakan negara kedua yang mencatatkan bilangan kes bunuh diri tertinggi di dunia.

http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_suicide_rate

Terus terang aku katakan bahawa aku bukanlah peminat cerita korea mahupun lagu-lagu korea. Satu-satunya cerita bersiri Korea yang aku follow dari awal hingga akhir ialah Autumn in my heart. Aku agak hairan kenapa ramai peminat cerita Korea ataupun artis-artis Korea di kalangan rakyat Malaysia. Bagi aku jalan cerita Korea sangat perlahan dan membosankan. Tapi lain orang lain citarasa. Walauapapun, apa yang diharapkan agar trend yang berlaku di Korea ini tidak akan berlaku di Malaysia kerana kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia.

http://soaljawab.wordpress.com/2008/07/31/hukum-bunuh-diri-dan-menyembahyangkan-jenazahnya/

Wednesday, September 29, 2010

Terbukti umur adalah sekadar angka

Dua tahun lepas
Aku menyelia pelajar praktikal di sebuah sekolah menengah
Sebelum menyelia
Lapor diri di bilik pengetua sekolah
Belum pun sempat aku duduk, pengetua bersuara
”kenapa daftar lambat? kawan2 awak semua dah seminggu menjalani praktikal”
Disangkakan aku pelajar praktikal yang lewat mendaftar
Dalam kepala, fikiranku berserabut mencari jawapan kepada soalan itu,
Jawapan yang rasional
Jawapan yang tidak memalukan pengetua tersebut
Akhirnya aku menjawab
”bukan puan..saya sebenarnya dihantar ke sini untuk menyelia..saya penyelia pelapis..yang masih belajar utk membimbing..yg bakal menggantikan penyelia senior...”
Aku senyum..tidak menampakkan riak berlagak
Menunjukkan kesungguhan dan keyakinan
Dan akhirnya pengetua tersenyum bangga

Hujung dua tahun lepas
Aku diarahkan menjadi pegawai pengiring
Sekumpulan pelajar ke pertandingan rekacipta
Di nun utara semenanjung malaysia
Sampai di meja pendaftaran
Aku mahu mendaftarkan pelajar-pelajar yang berada di bawah tanggungjawabku
”saya mahu daftar penyertaan” aku mula bersuara
”dik, mana pensyarah pengiring..suruh dia yg dtg ke sini”
Dengan memakai baju kemeja berlengan panjang
Segak bertali leher
Nampaknya masih belum terserlah gaya seorang ahli akademik
Hmm..

Pertengahan tahun lepas
Aku berada di pejabatku di fakulti
Penghawa dingin tidak berfungsi
Pintu bilik kubuka luas-luas
Badan berpeluh
Lalu ku duduk di kerusi pelajar yang mengadap ke pintu
Agar kedinginan angin dapat kurasa
Tiba-tiba seorang pelajar mengetuk pintu
”lecturer bilik ni pergi mana?”
Tersentak..
”x tahulah..barangkali pergi ke tandas kot”aku menjawab selamba
Arghh..geramnya..patutnya pelajar universiti pun kena dapatkan tandatangan pendidik sewaktu orientasi..
Macam orientasi di sekolah, pelajar junior kena dapatkan tandatangan pelajar senior

Beberapa hari lepas
Aku mahu memulangkan satu barang universiti yang baru kupinjam
Ada dua jenis kaunter
Kaunter pelajar dan kaunter staf
Kaunter pelajar panjang barisannya
Kaunter staf tiada orang
Ku pintas barisan pelajar
Sampai di pintu masuk, disangkakan aku memotong barisan,
seorang pengawal berkata
”dik, sila beratur”
”saya staf encik” dengan penuh rendah diri aku menjawab
Lalu aku dilepaskan
Sampai di kaunter pemulangan
Belum sempat aku bersuara
”dik, kaunter pelajar di sebelah sana”
Arghhhh tidak..sekali lagi..
Hmm..xpelah aku pasrah

Apa-apa pun
Aku bersyukur ke hadratNya
Terbuktilah umur adalah sekadar angka
Apa-apa pun aku mengharap
Agar bila aku berjalan dengan si dia di mana-mana
Orang tak menganggap aku berjalan dengan kakakku..
Oppsss...sorry!!
Hehe..

Wednesday, September 22, 2010

Asam Garam Seorang Pelajar "Tua"

Semalam dapat email professor luar negara
Dia beri kebenaran guna instrumen beliau
Gembira sekejap

Pagi tadi jumpa Supervisor
Agak banyak yang perlu diperbaiki dan ditambah
Tension semula

Balik rumah macam-macam perkara nak buat
Masak, sapu sampah, lap lantai
Maklumlah hidung aku ni sensitif dengan habuk
So kena sentiasa pastikan tiada habuk
Kalau tak, bersin dan berairlah hidung 24jam
Adoi penat

Lepas tu mengadap komputer
Taip itu taip ini
Lepas tu rujukan entah ke mana
Bila tengok jurnal yang bertimbun-timbun
Kepala berdenyut-denyut
Sakit kepalaku

Malam pulak banyak cerita best
Astro pulak baru pasang
Menyesal pulak pasang astro
Tarikan magnet ke depan tv terlalu kuat
Kemudian bawalah jurnal depan tv nak sedapkan hati

Pejam celik pejam celik
Dah nak dekat hari jumaat
Hujung minggu balik kampung
Bila dah balik kampung
Hmm..faham-fahamlah

Apa-apa pun
Kena displinkan diri
Gunakan masa sepenuhnya
Sementara masih bujang ni
Kena terus rajin
Cita-cita dan tanggungjawab mesti dicapai
Azam + usaha + doa + tawakkal --> Qada’ dan Qadar
insyaAllah kejayaan menjadi milik kita



p/s: bila baca balik post terdahulu di link
http://aku-halim.blogspot.com/2009/12/tension-nyah-ko-dari-hidup-aku.html
kembali senyum =)

Monday, September 13, 2010

Sebuah karya Halim Arjuna


Salam semua..

Buat pengetahuan kalian semua, selama ini aku tercari-cari platform yang sesuai untuk berkongsi tentang karya sulung aku. Akhirnya aku menemui satu laman web indie yang menghimpun karya-karya penulisan di lama web aksarakeraian.


Apa yang penting, lama web tersebut bukan merupakan tepak karya yang berteraskan populariti. Aku mengharapkan maklumbalas dan komen dari anda semua tidak kiralah positif atau negatif agar ianya boleh digunakan untuk memperbaiki mutu penulisanku dari semasa ke semasa. Penulisan ini juga bukanlah keutamaanku memandangkan aku merupakan pelajar PhD yang sentiasa sibuk dengan pembacaan jurnal, penulisan thesis, pembentangan dan sebagainya. Ia lebih merupakan hobi di kala waktu lapangku dan di kala aku perlukan ketenangan. Akhir kata, semoga terhibur.

Related Posts with Thumbnails