Monday, December 7, 2009

TENSION: nyah ko dari hidup aku!!!

Salam semua...

Tension??
Tertekan?? Stress?? Pressure?? Semuanya mempunyai maksud yang sama dan semuanya pasti pernah menganggu hidup kita, betul tak?? X kiralah semasa bekerja, belajar, masalah pribadi dan sebagainya. Cuma semuanya bergantung pada diri kita bagaimana untuk mengatasinya. Tahun 2009 ini merupakan tahun yg paling stress dalam kamus hidup aku. Daripada masalah nak sambung study hinggalah ke masalah pribadi. Tapi Alhamdulillah, aku berjaya menghadapinya dengan tabah walaupun terpaksa melalui pelbagai onak dan duri..cheewwaaahhh!! dan hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan memasuki tahun baru, tahun 2010. Setiap kali memasuki tahun baru bermakna semakin meningkatlah usia kita. Hehe..dan aku juga bakal memasuki fasa baru dalam hidup aku iaitu fasa PhD. PhD?? Permanent Head Disease????? Atau Perasaan Hasad Dengki?? Hahaha..PhD stands for philosophy doctorate..yup, aku akan menyambung pelajaran aku ke peringkat PhD. Aku berdoa agar aku akan belajar dalam keadaan tenang dan happy supaya aku dapat menghabiskan pengajian aku dalam tempoh yang telah diberikan. Aku mahu mulakan hidup baru. Aku mahu buang segala perkara2 negatif yg ada pada diri aku especially sikap mudah tertekan, cepat berasa putus asa dan sebagainya. Namun aku hanya mampu merancang, tuhan yang maha esa sahaja yang bakal
menentukan segala-galanya. Yang penting aku berazam dan berusaha untuk memperbaiki diri aku di samping terus berdoa dan bertawakkal.

Katakan TAKNAK pada stress!!

Katakan TAKNAK pada tekanan!!

Katakan YA pada kegembiraan!!!

Nota kaki
* nak tanya pendapat kwn2, kalo korang stress korang wat ape?? mkn? tido?


5 comments:

viKy said...

kalau aku stress aku dgr lagu2 yg sentimental...or yg cool...
aku makan...or tido...tp slalunyer tdo xlena....so mkn,g joging,main pe2 sukan...seboleh2 nyer xkan duduk kat bilik aku sendiri

oren said...

bilanya??isk...ni x kan nak nyanyi lagu biarlah rahsia kot..

Anonymous said...

klo aku stress... aku ske mkn... tdo.... n ubat plng baik adalah... kol org yg aku sayang.. yg leh sejukkan ati aku.. MAK aku la.. hehehe...

p/s:: xelok stress2... nnti xawet muda... lalalalalala

halim said...

Viky~yup..totally agree with you BUT aku kalo tension..mkn xde selera, tido pun x lena..
oren~bila apa??
Anonymous~mslhnye aku kalo stress x bole tido n x lalu nk mkn..time ni berat badan akan turun mendadak..kdg2 x suka kol mak sbb x mau dia risau..

Anonymous said...

halim... xperlu kite luahkan mslh yg kite hadapi slalu pd mak kite..... nnti dia plak yg naik runsing.. "anak aku nie asik ada maslah aje...kesiannn" aku seorang yg ssh nk luahkan prasaan walau pown aku as a perempuan... cukup sekadar mendgr suara dia.. melihat wajahnya.. sdh ckp bg aku untk tenangkan fikiran sementara dan kurangkan prasaan itu... lagi pown halim.. ko bole amik air smyg klo rase stress sgt.. ok? zikrullah .. pengubat segalanye... *** wink wink ***

Related Posts with Thumbnails