Tuesday, January 26, 2010

Ape yg perlu ada pada lelaki utk menjadi idaman sang wanita??

Salam semua..

1st of all, thanks for your voting..keep voting sbb aku sendiri pening kepala nak pilih top5 candid photo terbaik..

Esok aku akan jumpa supervisor aku buat kali ke3 n insyaAllah aku akan bincangkan ttg progress bab 1 aku..dan semasa aku menulis en3 ni aku sebenarnya sedang menyiapkan bhn2 yg akan aku tunjukkan kpd beliau esok..sedang ake menulis, tetiba aku terfikir, bila agaknye aku mahu mendirikan rumahtngga..umur pun dh nak masuk 27 (27??? adoyai..dh sesuai kawen sbnrnye)..hmm tp xpelah, muka mcm 21 tahun..hahaha..sttment x bole blahh..

Walau apepun, aku terfikir ciri-ciri lelaki bagaimana yg perempuan lihat ..slm ni aku ada gak approach perempuan yg aku rasa aku dah cukup baik dgn dia tp malangnya kena reject.. =( sbb tu aku perlukan kepastian...almaklumlah aku bukannye mahir sgt dlm benda2 mcm ni..that's why aku minta pendapat kwn2 lain so that aku leh improve diri aku from time to time..aku ade senaraikan ckit ciri-ciri seorg lelaki yg menjadi pilihan wanita..cuma aku x tau yg mane satu paling penting

1. lelaki yg mmpunyai rupa paras yg kacak
2. lelaki yang memiliki harta
3. lelaki yang baik hati budinya
4. lelaki yang sempoi dan kelakar
5. lelaki yang skema
6. lelaki yang tough susuk tubuhnya

harap2 kwn2 especially kawan2 kaum hawa dapat mbntu so that aku lebih memahami perempuan..

Saturday, January 23, 2010

TOP 20 the best candid photos...

Salam semua..

Lama sungguh aku x update blog aku ni..banyak keje yg perlu aku selesaikan..nk siapkan chapter 1 PhD aku, bengkel research dan yg terbaru aku bakal menyertai pertandingan teknologi x lama lagi..dan aku baru saje balik dari JB atas urusan kerja dan kesempatan ini telah aku ambil utk brtemu rakan2 yang sudah agak lama aku x brtemu..huhu..dan akhirnya top 20 candid photos terbaik telah panel juri iaitu kawan2 (pelajar master sains komputer) aku tentukan..

Cuma aku mahu ingatkan di sini bahawa hanya lima candid photos terbaik yg akan diberikan hadiah..top 5 akan diumumkan x lama lagi..tahniah kpd yg berjaya dan kepada yg gagal, jgn putus asa..insyaAllah kalo ada rezeki, aku akan organize another contest...berikut merupakan top 20 terbaik candid photos dan ianya disusun secara random..


www.3p4h.blogspot.com

www.acerio.blogspot.com

www.alyazahraoncontest.blogspot.com

www.belovedtitin.blogspot.com

www.bintangpenyembuh.blogspot.com

www.fitrihadi.blogspot.com

www.fotonaman.blogspot.com

www.gudigudigurl.blogspot.com

www.ieyza83.blogspot.com

www.leenze.blogspot.com

www.princess-williana.blogspot.com

www.princessnies.blogspot.com

www.keroppiforever.blogspot.com

www.miszagent.blogspot.com

www.leenze.blogspot.com

www.slamzer.blogspot.com

www.sricahaya.blogspot.com

www.wan-words.blogspot.com

www.zonantaraitudanini.blogspot.com

www.skysealand.blogspot.com

Nota kaki
*sesape yg nak undi top 5, you're most welcome
*thanks to my friend, faiz

Wednesday, January 13, 2010

Bihun goreng paling x sedap yg pernah aku masak!!


Salam semua..


Hari ni mcm biaselah..aku akan masak utk bawa bekal utk mkn tghari..hari ni aku plan masak bihun goreng sbb aku tgk perencah segera bihun goreng ada dlm peti ais..ayam pun ada, sosej ada, sawi pun ada..cantik...nmpak gaya bihun grg aku hari ni lebih sedap dari hari2 sebelum ni..bihun aku dah rendam dari semalam..so hari ni aku cuma siang ayam.hiris sosej n potong sawi..bila semua bahan2 dah sedia, aku pun mulalah panaskan minyak..alamak terlebih plak minyak..lepas aku keluarkan sedikit minyak, aku mula masukkan perencah segera..ala-ala pro aku pakai apron..bukan apa takut minyak terpercik kena baju..aku guna gak pinggan kaca utk protect mata..hehe..bunyi kat dapur tu mmg bising la..mcm aku ngah masak lauk utk kenduri kawin..hehehe..bila dah kuar bau, ayam yang telah dicincang halus aku masukkan dalam kuali..ah,lama lagi ayam ni nak masak..so aku tinggalkan dapur jap dan terus sambung on9..apa lagi facebook la..sempat gak tgk blog aku..sedar x sedar, tetibe aku bau hangit..ya Allah, ayam aku...aku apa lagi, kelam kabutlah meluru ke dapur..nasib baik masih boleh diselamatkan..aku tuangla air sbb aku tgk minyak dah kering..then aku biarkan jap..pastu aku masukkan hirisan sosej utk menyedapkan lagi bihun aku..konon2nye la..hehe..then masukkan garam..bab ni la yg paling aku lemah sekali..aku mmg tak pandai nak sukat garam..last2 aku campakkan setengah sudu..

Bila aku dah yakin semua dah ok, then aku masukkanla bihun yg dh kembang td..ya Allah, banjir....tidakkkkk...bihun grg aku dh jadi bihun hailam..punah harapan aku..then aku besarkan api dgn harapan air cepat disejat..hmm..lantakla..last sekali aku pun masukkanlah sawi ngan cili padi yg telah dihiris halus..kali ni aku dh x peduli..lantaklah nak jadi ape bihun aku ni..yg penting aku kenyang..hehe..bila semua dah ok, aku pun pindahkan bihun dlm kuali ke dalam pinggan utk dimakan..bila rasa..tu diaaaaaaaaa....semua rasa sebati..pahit, masin, basah, pedas..semua adala..tp nk wat camne..mkn je la..hehe..so moral of the story, kalo ngah masak, jgn sesekali mengadap komputer utk buka FB ke, buka blog ke..aku plan lps ni aku nk try buat western food plak..spageti ke, lasagna ke..

Jangan terpengaruh dgn bihun di atas..ia cuma hiasan semata2..


Nota kaki:
*aku rasa lps habis phd dlm masa 3 tahun ni, aku leh jadi chef terkenal ni..hehe
*kalo ade bini kan senang, xyah susah2 nak masak..ye ke??tu kalo bini pndai masak la..
*kalo masak mcm ni dpn bakal mak mentua, cnfirm kene reject..hehe

Tuesday, January 12, 2010

Rutin harian aku sbg pelajar tua..tua ke?? hehe...

Salam semua..

Aku menulis entry ini di bilik siswazah di universiti tempat aku belajar...yup..aku bersendirian di kelilingi oleh pelajar-pelajar PhD yg lain yg rata2nya sudah berpengalaman dlm bidang pendidikan. Mula-mula aku agak kekok berada di sini..almaklumlah tempat baru dan kwn2 baru yg kelihatan sudah lama makan garam dpd aku..esok merupakan bakal pertemuan kali kedua aku dgn supervisor aku..Alhamdulillah pertemuan pertama aku mendapat respon yg positif drpd beliau. Tajuk kajian aku telah diterima. Sekarang aku sedang menulis pernyataan masalah dan kerangka konsep dan aku memberi tempoh kepada diriku selama sebulan utk menyiapkannya. Aku mahu pastikan aku dapat membentangkan proposal aku selepas setahun supaya aku dapat memulakan kajian aku di sekolah pada tahun hadapan, insyaAllah..semoga aku terus diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menyiapkan proposal aku ni.

Rutin harian aku macam biasalah..selepas solat subuh, aku akan masak ape2 la..yg simpel2 je..sardin ke, goreng telur ke, ikan bilis ke, bihun goreng ke...utk dibawa sebagai bekalan untuk makan tengahari..biasealah berkawan dgn abg2 dan kakak2 ni..tengahari diorang balik mkn dgn keluarga..so terpakselah aku mkn sendiri..hehe..waktu pagi aku lepak sama ada di perpustakaan universiti ataupun di pusat sumber fakulti untuk menyiapkan chapter 1 aku..aku akan lepak di situ hinggalah solat zuhur..selepas solat zuhur, aku akan sambung kerja aku di situ melainkan kalau aku ada kelas..sbnrnya PhD students x perlu ambil kelas..tetapi memandangkan sudah agak lama aku meninggalkan dunia pelajar ni, so aku ambil inisiatif untuk menumpang di kelas2 tertentu untuk refresh pengetahuan aku dalam dunia kajian pendidikan ni. dan waktu petang aku akan pastikan aku akan balik ke rumah sebelum pukul 4.30pm..bukan ape beb..kat area Klang valley ni tiap2 petang kalo x jammed mmg x sah..lagi2 la aku yg hari2 akan lalu PLUS hghway,masuk NKVE n pastu masuk pulak LDP..huh..kalo lambat alamatnya mlm la baru sampai..

Waktu malam pulak, kalo rajin aku ngan housemate aku masak la..kalo malas, kitorg gi pasar mlm atau mkn kat kedai je..lepas makan, tgk tv..kalo xde cite best, aku sambung buat keje balik sebelum tido..dan esoknya aku akan ulang balik rutin yang sama...huhu..

Aku wat entry ni bukan ape..ngah bosan membaca jurnal2..so nasib baik ada blog utk aku luahkan perasaan..bile berkongsi smthing dgn org lain, rasa lega..oklah berjumpa lagi dalam entry akan dtg..kepada peserta2 candid photo contest, harap bersabar..keputusan akan diumumkan dalam bulan Januari ni jugak..insyaAllah

Nota kaki:
*kdg2 facebook tmpat aku meluahkan sesuatu..
*teringat zaman2 undergrade dulu..kwn2 semua sebaya..

Monday, January 11, 2010

Silap siapa ye?? guru, murid atau soalan Matematik??


Salam semua...


Entry kali ni lebih berkisarkan kepada akademik..disebabkan bidang aku ialah pendidikan Matematik, aku tertarik dengan apa jua yang berkaitan dengan Matematik..hehe..kadang2 aku pun x faham kenapa org kata Matematik tu subjek yg paling sukar..hmm..xpelah kita sedia maklum terdapat lebih kurang tujuh kepelbagaian kecerdasan termasuklah mereka yg cerdas dlm Matematik..

Apa yg ingin aku bincangkan di sini ialah tentang kesalahan2 pelajar dalam soalan2 Matematik. Aku bukan nk memalukan sesiapa. Barangkali ini boleh menjadikan kita berfikir sejenak..silap siapakah sebenarnya yang mendorong kepada kesalahan2 berikut. Adakah ianya silap murid?? guru?? atau soalan itu sendiri?? Bila aku tgk jawapan yg diberikan, nak tergelak pun ada..hehehe..




Nota kaki:
*ade discuss pasal ni kat FB dgn kwn2, kalo mau tau ape yg kitorg bincangkan..jgn lupe add

Thursday, January 7, 2010

Cemburu tanda sayang??? ye ke??



Salam semua...

Cemburu?? Iri hati?? Jealous?? Semuanya mempunyai maksud yg sama.. aku berminat utk memperkatakan ttg topik ini kerana sejak kebelakangan ni aku sering rasa cemburu tak tentu pasal..adakah aku sedang dilamun cinta?? Huhu...mungkin..haha

Disebabkan perasaan cemburu yang sering melanda aku x tentu pasal, aku telah mengambil inisiatif utk bertanyakan kepada pakcik google ttg maksud cemburu yg sebenar..

Dan jawapan yg diberikan oleh pakcik google adalah seperti berikut:

DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih.

Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan. Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa mesti kita merasa cemburu terhadapnya.


Pakcik google juga telah memberikan sedikit tips utk mengurangkan rasa cemburu

1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalan yang diajukan. Sebaliknya lebih baik berdiam diri sahaja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk melukai hati kita. Mungkin ini tidak disedarinya dan jangan ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri padanya. Pujilah pasangan atau mintalah nasihatnya bila perlu dan sentiasa luahkan perasaan cinta yang membuktikan bahawa kita menyayanginya. Malah sebaiknya berikanlah dia sokongan yang berterusan agar dia merasa sentiasa disayangi dan dihargai.

4. Jangan membabitkan diri dalam situasi yang boleh membuahkan perasaan cemburu bagi pasangan seperti suka berfoya-foya, berbual-bual mesra atau bergurau senda dengan orang lain.

5. Berbincanglah dengan pasangan tentang perasaannya. Jika kita telah berusaha sedaya upaya tetapi pasangan tetap tidak boleh mengawal rasa cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan keadaan.


Terima kasih diucapkan kepada pakcik google atas maklumat yg telah diberikan walaupun maklumat yg diberikan sebenarnya sesuai ditujukan utk org yg sedang hangat bercinta. Tetapi adakah aku juga sedang dilamun cinta?? Tepuk dada tanya selera!!!!


Nota kaki:

*credit utk Qurratu A’Yun, Majalah Sinar Rohani, Feb 2005
*pakcik google, aku cemburu lain la..lain ditanya, lain yg dijawab..

Tuesday, January 5, 2010

Minta maaf bebanyak!!

Salam semua..

Harap kalian semua berada dalam keadaan yg baik2 sahaja..tujuan aku menulis entry kali ni adalah utk memohon maaf berikutan penangguhan keputusan CANDID PHOTO CONTEST..insyaAllah keputusan akan diumumkan dalam bulan Januari ni jugak..gambar2 akan disave ke dalam hard disk aku terlebih dahulu sebelum dieksport ke JB untuk dinilai dengan adil dan saksama oleh para juri yang berkelulusan sarjana dalam bidang sains komputer..so aku harap korang bersabar dan terus menyokong blog aku yg x seberapa ni..sekian


Nota kaki
*x sangke plak penyertaan sebanyak ni
*awal semester yg agak bz..sorry kengkawan
Related Posts with Thumbnails