Kerna itu janji Ilahi
Yang hidup pasti akan mati
Yang datang pasti akan pergi
Nyawa yang dipinjamkan ini perlu dikembali
Ianya pasti datang suatu hari nanti
Dan kita akan meninggalkan duniawi
Melangkah ke alam yang lebih hakiki
Kematian datang bila-bila masa
Tidak kira di mana kita berada
Di lautan, di daratan mahupun di udara
Di India, China mahupun di Malaysia
Kematian tidak mengenal ketika
Dalam kesibukan bekerja
Sedang enak menjamu selera
Ataupun sedang bergurau senda
Dan ia tidak mengenal sesiapa
Seorang penghibur ternama
Seorang tokoh berjasa
Ataupun seorang alim ulama
Yang pasti kita perlu sentiasa bersedia
Dari semasa ke semasa
Kerana ia datang tanpa berita
Manalah tahu esok atau lusa
Nyawa dicabut buat selama
Meninggalkan dunia yang hanya sementara
Pesanan kepada diri sendiri dan juga kenalan
Bagaimanakah persiapan?
Sudah cukupkah bekalan?
Yang akan dibawa ke hari kemudian
Takziah buat Arwah Achik Spin yang meninggal akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya LEKAS
Takziah buat Arwah Din Beramboi yang meninggal akibat demam denggi berdarah