Monday, April 26, 2010

Kematian itu pasti

Kematian itu sangat pasti

Kerna itu janji Ilahi

Yang hidup pasti akan mati

Yang datang pasti akan pergi

Nyawa yang dipinjamkan ini perlu dikembali

Ianya pasti datang suatu hari nanti

Dan kita akan meninggalkan duniawi

Melangkah ke alam yang lebih hakiki



Kematian datang bila-bila masa

Tidak kira di mana kita berada

Di lautan, di daratan mahupun di udara

Di India, China mahupun di Malaysia

Kematian tidak mengenal ketika

Dalam kesibukan bekerja

Sedang enak menjamu selera

Ataupun sedang bergurau senda

Dan ia tidak mengenal sesiapa

Seorang penghibur ternama

Seorang tokoh berjasa

Ataupun seorang alim ulama

Yang pasti kita perlu sentiasa bersedia

Dari semasa ke semasa

Kerana ia datang tanpa berita

Manalah tahu esok atau lusa

Nyawa dicabut buat selama

Meninggalkan dunia yang hanya sementara



Pesanan kepada diri sendiri dan juga kenalan

Bagaimanakah persiapan?

Sudah cukupkah bekalan?

Yang akan dibawa ke hari kemudian


Takziah buat Arwah Achik Spin yang meninggal akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya LEKAS


Takziah buat Arwah Din Beramboi yang meninggal akibat demam denggi berdarah

4 comments:

Pakcu said...

mengingati mati adalah satu kesedaran =)

EyEdA said...

b prepare
& moge2 kite dimatikan dlm keadaan islam & b'iman

Cik Norfa said...

al-Fatihah buat arwah.

kalau tengok AIM 17 aritu..sebelum Faizal Tahir nyanyi lagu Selamat Malam tu..ada gambar2 orang seni yang pergi meninggal dunia pada tahun 2009 & 2010...

rupanya ramai lagi yg aku tak tahu dah meninggal dunia..

DAYANA said...

al-fatihah

Related Posts with Thumbnails