Friday, November 27, 2009

Penangan NUR KASIH


Hmmmm…tamatlah sudah episod terakhir drama bersiri Nur Kasih. Dijangkakan 5 juta penduduk Malaysia menonton episod terakhir ini dan aku merupakan salah seorang yg tidak ketinggalan untuk menonton episod terakhir ini. Walaupun banyak sinopsis cerita ini yang bersepah-sepah di internet, aku tetap tidak membacanya sebab aku sukakan kejutan. Tak suspen kalau kita dah tahu jalan cerita. Bagi aku drama ini merupakan drama melayu terbaik pernah aku tonton. Terus-terang aku katakan yang di awal kemunculan cerita ini, aku tidak ambil peduli kerana sangkaanku drama ini lebih kurang sama dengan drama-drama tipikal melayu yang lain. Aku mula mengikuti cerita ini sejak episod 14 setelah aku ikuti episod 1 hingga 13 daripada video yang telah dimuatturun oleh kawanku. Bagi aku terdapat tiga faktor utama yang menjadi kekuatan drama bersiri ini iaitu jalan cerita, sinematografi dan watak-watak yang mewarnai drama ini. Jalan cerita yang lain daripada yang lain ditambahkan lagi dengan plot-plot sinematografi yang menarik menjadikan drama ini menjadi ikutan jutaan peminat drama melayu. Bagi aku pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama ini membawakan watak masing-masing dengan begitu berkesan sekali. Ini sebenarnya faktor utama kejayaan Nur Kasih. Watak utama yang begitu menarik perhatian aku ialah watak Nuramina. Siapa yang taknak dapat awek macam Nuramina ni kan. Lengkap serba serbi untuk seorang wanita idaman sang lelaki; cantik, kuat pegangan agama, sopan-santun dan sebagainya. Cuma aku sedikit kecewa rupa-rupanya pelakon yang membawakan watak Nuramina sebenarnya tidak seperti wataknya dalam Nur Kasih..hehehe..pada pendapat aku, kalaulah pelakon Nuramina ni betul-betul bertudung, pasti lebih ramai peminat beliau..

Oklah itu sahaja pandangan aku terhadap drama ini. Sebagai anak Malaysia, aku rasa bangga dengan kemunculan drama ini. Takdalah kita asyik nak layan sinetron indonesia, drama bersiri mexico, dll..Tetapi apa yang pasti, selepas ini jumaat malam tiada lagi drama Nur Kasih, tiada lagi update status FB pasal Nur Kasih dan tiada lagi sembang-sembang coffee pasal Nur Kasih. Semoga banyak lagi drama-drama melayu berkualiti akan muncul selepas ini.

p/s: dengar ura-ura drama Nur kasih ni akan difilemkan..kalau betul, rasa2 boleh box-office

3 comments:

Halim said...

testing2

Frazi A said...

gegeh, buat blog..wakkaa..smpi tuka layout, sampai wat testing2 segala..akhirnya...tap layout ni xsecantik sblmnya, xpa le..guna je, kang kegegehan bertmbh bleh la tuka lg..wakaka...apa lagi, wat la shout box..bleh detect siapa yg mgunjungi blog kita..

aurikelsan said...

okla layout nie..simple..wehh ko xjdk follower aku ke?

Related Posts with Thumbnails