Ianya dihisap bangga
Penuh bergaya
Penuh bersahaja
Pada bila-bila masa
Sambil bersembang atau ketawa
Tidak kira di mana berada
Di universiti atau dalam kereta
Tidak kira apa jua upacara
Selepas bermain atau menjamu selera
Asapnya dihembus merata
Berkepul-kepul di udara
Apabila sudah pendek tidak berguna
Puntungnya dibuang di sini dan sana
Sebatang sanggup dikongsi bersama
Kononnya tanda persahabatan mesra
Winston, Dunhill, NYX dan pelbagai jenama
Kalau dah jumpa tidak peduli pasal harga
Langsung tidak terfikir undangan bahaya
Langsung tidak terfikir kesan menimpa
Kalau member minta sebatang
Dengan hati yang senang
Ianya diberi tanpa ditentang
Kalaulah duit yang dihutang
Dengan suara yang lantang
Pasti segera diminta pulang
Pesanan kepada diri sendiri dan rakan-rakanku
Kanser mulut, serangan jantung, kanser paru-paru
Itulah kesan buruk kepada mereka yang tak tahu
Itu belum lagi duit beribu
Yang hanya dibakar begitu
Untuk memenuhi tuntutan nafsu
Marilah kita sama-sama jadikannya seteru
Dan mulakan hidup baru
Kepada mereka yang masih buntu
Kita sama-sama berganding bahu
Bekerjasama dan bersatu padu
Berusaha tanpa jemu
Untuk membasmi musuh yang satu
Nota kaki:
*Sorry kalau ada sesiapa terasa,Aku hanya manusia biasa,Saling mengingat sesama kita,Agar di hari kemudian tidak merana..
8 comments:
tak macho langsung kalau merokok depan awek
ssh btol nk tangani kes merokok ni..dh mcm2 usha kjaan buat tp x diambil endah jgk..bese si perokok ni klu kita tgur diorg ckp "ala..hasil kjaan tbsr rokok jgk"..ltih den nk jwb..huhu
entry the best!!
salam..
sila la baca entry saya
ada cite pasal rokok nie jugak..
katakan TAK NAK pada rokok! ;)
wah sedap puisi ni
boleh tunjuk kat anak2 murid saya
BAGUS!! I dont like smokers~~
good job..two thumbs up;)
ahaha..senang je yahudi nk musnahkan 1 dunia..walhal yahudi sendiri tidak merokok..
Post a Comment