Saturday, October 9, 2010

Peringatan buat peminat artis Korea

Salam semua..

Baru-baru ini aku ada terbaca salah satu artikel di dalam sebuah akhbar tempatan bahasa melayu yang bertajuk Artis Punca Kes Bunuh Diri. Artikel tersebut melaporkan bahawa kaji selidik terbaru mendapati kadar bunuh diri yang tinggi di kalangan orang awam (peminat) di Korea dalam tempoh dua bulan selepas berita dan publisiti meluas tentang seseorang selebriti yang mati membunuh diri. Dengan lain perkataan, setiap kali ada artis Korea yang mati akibat membunuh diri, golongan peminat fanatik mereka akan turut membunuh diri dan senario ini sememangnya sangat membimbangkan kerajaan Korea. Salah seorang artis terkenal Korea yang membunuh diri ialah aktres dan model Choi Jin Shil yang mati pada tahun 2008. Dan bilangan peminatnya yang turut membunuh diri dalam tempoh 2 bulan selepas berita kematiannya dilaporkan ialah 1008 orang. Antara artis terkenal lain yang turut membunuh diri ialah Ahn Jae Hwan yang mana 694 peminatnya turut membunuh diri, 513 kes (Yooni), 495 (Lee Eun Joo) dan 323 kes (Jun Da Bin). Laporan ini membuktikan bahawa tidak hairanlah mengapa Korea merupakan negara kedua yang mencatatkan bilangan kes bunuh diri tertinggi di dunia.

http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_suicide_rate

Terus terang aku katakan bahawa aku bukanlah peminat cerita korea mahupun lagu-lagu korea. Satu-satunya cerita bersiri Korea yang aku follow dari awal hingga akhir ialah Autumn in my heart. Aku agak hairan kenapa ramai peminat cerita Korea ataupun artis-artis Korea di kalangan rakyat Malaysia. Bagi aku jalan cerita Korea sangat perlahan dan membosankan. Tapi lain orang lain citarasa. Walauapapun, apa yang diharapkan agar trend yang berlaku di Korea ini tidak akan berlaku di Malaysia kerana kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia.

http://soaljawab.wordpress.com/2008/07/31/hukum-bunuh-diri-dan-menyembahyangkan-jenazahnya/

0 comments:

Related Posts with Thumbnails