Wednesday, February 17, 2010

Perempuan x suka ke kalo laki2 cakap benda2 yg non sense??

Salam semua..

Entry aku kali ni lebih berbentuk ingin tahu..baru2 ni aku ada letak status berikut di facebook aku..

"org perempuan x suke ek kalo kite cakap benda2 yg nonsense dgn diorg..bukan ape, kdg2 kite nk create sense of humor je..."

Tujuan aku letak status ni bukan untuk berniat ape2 pun..aku cuma nak tahu..ye lar kata org sediakan payung sebelom hujan..so berikut merupakan respon2 yang aku dapat..

So apa pandangan kawan2 blogger sekalian..ada ape2 yg nak ditambah?
Sila klik pada image utk paparan yang lebih jelas.

Nota kaki:
*kalo free add la facebook saya..

Sunday, February 14, 2010

Katakan TAKNAK pada r***k


Ianya dihisap bangga
Penuh bergaya
Penuh bersahaja
Pada bila-bila masa
Sambil bersembang atau ketawa
Tidak kira di mana berada
Di universiti atau dalam kereta
Tidak kira apa jua upacara
Selepas bermain atau menjamu selera
Asapnya dihembus merata
Berkepul-kepul di udara
Apabila sudah pendek tidak berguna
Puntungnya dibuang di sini dan sana
Sebatang sanggup dikongsi bersama
Kononnya tanda persahabatan mesra
Winston, Dunhill, NYX dan pelbagai jenama
Kalau dah jumpa tidak peduli pasal harga
Langsung tidak terfikir undangan bahaya
Langsung tidak terfikir kesan menimpa

Kalau member minta sebatang
Dengan hati yang senang
Ianya diberi tanpa ditentang
Kalaulah duit yang dihutang
Dengan suara yang lantang
Pasti segera diminta pulang

Pesanan kepada diri sendiri dan rakan-rakanku
Kanser mulut, serangan jantung, kanser paru-paru
Itulah kesan buruk kepada mereka yang tak tahu
Itu belum lagi duit beribu
Yang hanya dibakar begitu
Untuk memenuhi tuntutan nafsu
Marilah kita sama-sama jadikannya seteru
Dan mulakan hidup baru
Kepada mereka yang masih buntu
Kita sama-sama berganding bahu
Bekerjasama dan bersatu padu
Berusaha tanpa jemu
Untuk membasmi musuh yang satu


Nota kaki:
*Sorry kalau ada sesiapa terasa,Aku hanya manusia biasa,Saling mengingat sesama kita,Agar di hari kemudian tidak merana..

Monday, February 8, 2010

Hari-hari bersejarah aku


Salam semua..


1st of all, sorry sbb dah lama aku x update blog aku ni..hmm..aku try nk curi masa utk update blog, tp masa yg kucari masih x kutemui..sblm tu suka aku maklumkan bahawa insyaAllah aku akan umumkan top5 the best candid photos dalam masa trdekat ni..

Sebenarnya, terdapat dua peristiwa besar dan bersejarah dlm hidup aku dlm masa 2 mggu lps ni. Pertama ialah, aku dah jadi paklongggggggggggggggg.....yahoooo!!! Alhamdulillah..anak buah sulung aku, cucu pertama mak n ayah aku dan cicit pertama atok aku...Walaupun baby yg diberi nama Nur Amna Qaisara bt Ala'uddin dilahirkan secara pembedahan kerana kedudukan baby yang songsang dan dilahirkan 3 mggu lebih awal dari tarikh yang dijangkakan bersalin, aku tetap bersyukur kehadratNya kerana semuanya selamat..


anak buah sulungku, Nur Amna Qaisara bt Ala'uddin

Dan yang kedua, sekali lagi aku menerima medal dalam pertandingan Malaysian Technology Expo 2010 yang berlangsung di PWTC baru2 ni..tapi kali ni aku dapat Gangsa..Alhamdulillah, aku bersyukur kerana sblm ni aku dpt 2 pingat Perak menerusi produk yang sama iaitu GeoVan...hidup GeoVan..dan yang paling manis ialah UTM menang besar pada pertandingan ini..

sedang bersemangat menerangkan produk sewaktu sesi pengadilan

awalnye dapat title "Dr" di poster produkku walaupun aku baru 6 minggu aku wat PhD..hihi..insyaAllah

Nota kaki:
*kalau mak aku digelar nenek oleh anak buah aku, so nenek aku perlu digelar apa ye?
*kalo korang perasan, salah seorg juri yang mengadili produkku ialah anak saudara Allahyarham Sudirman

Tuesday, January 26, 2010

Ape yg perlu ada pada lelaki utk menjadi idaman sang wanita??

Salam semua..

1st of all, thanks for your voting..keep voting sbb aku sendiri pening kepala nak pilih top5 candid photo terbaik..

Esok aku akan jumpa supervisor aku buat kali ke3 n insyaAllah aku akan bincangkan ttg progress bab 1 aku..dan semasa aku menulis en3 ni aku sebenarnya sedang menyiapkan bhn2 yg akan aku tunjukkan kpd beliau esok..sedang ake menulis, tetiba aku terfikir, bila agaknye aku mahu mendirikan rumahtngga..umur pun dh nak masuk 27 (27??? adoyai..dh sesuai kawen sbnrnye)..hmm tp xpelah, muka mcm 21 tahun..hahaha..sttment x bole blahh..

Walau apepun, aku terfikir ciri-ciri lelaki bagaimana yg perempuan lihat ..slm ni aku ada gak approach perempuan yg aku rasa aku dah cukup baik dgn dia tp malangnya kena reject.. =( sbb tu aku perlukan kepastian...almaklumlah aku bukannye mahir sgt dlm benda2 mcm ni..that's why aku minta pendapat kwn2 lain so that aku leh improve diri aku from time to time..aku ade senaraikan ckit ciri-ciri seorg lelaki yg menjadi pilihan wanita..cuma aku x tau yg mane satu paling penting

1. lelaki yg mmpunyai rupa paras yg kacak
2. lelaki yang memiliki harta
3. lelaki yang baik hati budinya
4. lelaki yang sempoi dan kelakar
5. lelaki yang skema
6. lelaki yang tough susuk tubuhnya

harap2 kwn2 especially kawan2 kaum hawa dapat mbntu so that aku lebih memahami perempuan..

Saturday, January 23, 2010

TOP 20 the best candid photos...

Salam semua..

Lama sungguh aku x update blog aku ni..banyak keje yg perlu aku selesaikan..nk siapkan chapter 1 PhD aku, bengkel research dan yg terbaru aku bakal menyertai pertandingan teknologi x lama lagi..dan aku baru saje balik dari JB atas urusan kerja dan kesempatan ini telah aku ambil utk brtemu rakan2 yang sudah agak lama aku x brtemu..huhu..dan akhirnya top 20 candid photos terbaik telah panel juri iaitu kawan2 (pelajar master sains komputer) aku tentukan..

Cuma aku mahu ingatkan di sini bahawa hanya lima candid photos terbaik yg akan diberikan hadiah..top 5 akan diumumkan x lama lagi..tahniah kpd yg berjaya dan kepada yg gagal, jgn putus asa..insyaAllah kalo ada rezeki, aku akan organize another contest...berikut merupakan top 20 terbaik candid photos dan ianya disusun secara random..


www.3p4h.blogspot.com

www.acerio.blogspot.com

www.alyazahraoncontest.blogspot.com

www.belovedtitin.blogspot.com

www.bintangpenyembuh.blogspot.com

www.fitrihadi.blogspot.com

www.fotonaman.blogspot.com

www.gudigudigurl.blogspot.com

www.ieyza83.blogspot.com

www.leenze.blogspot.com

www.princess-williana.blogspot.com

www.princessnies.blogspot.com

www.keroppiforever.blogspot.com

www.miszagent.blogspot.com

www.leenze.blogspot.com

www.slamzer.blogspot.com

www.sricahaya.blogspot.com

www.wan-words.blogspot.com

www.zonantaraitudanini.blogspot.com

www.skysealand.blogspot.com

Nota kaki
*sesape yg nak undi top 5, you're most welcome
*thanks to my friend, faiz

Wednesday, January 13, 2010

Bihun goreng paling x sedap yg pernah aku masak!!


Salam semua..


Hari ni mcm biaselah..aku akan masak utk bawa bekal utk mkn tghari..hari ni aku plan masak bihun goreng sbb aku tgk perencah segera bihun goreng ada dlm peti ais..ayam pun ada, sosej ada, sawi pun ada..cantik...nmpak gaya bihun grg aku hari ni lebih sedap dari hari2 sebelum ni..bihun aku dah rendam dari semalam..so hari ni aku cuma siang ayam.hiris sosej n potong sawi..bila semua bahan2 dah sedia, aku pun mulalah panaskan minyak..alamak terlebih plak minyak..lepas aku keluarkan sedikit minyak, aku mula masukkan perencah segera..ala-ala pro aku pakai apron..bukan apa takut minyak terpercik kena baju..aku guna gak pinggan kaca utk protect mata..hehe..bunyi kat dapur tu mmg bising la..mcm aku ngah masak lauk utk kenduri kawin..hehehe..bila dah kuar bau, ayam yang telah dicincang halus aku masukkan dalam kuali..ah,lama lagi ayam ni nak masak..so aku tinggalkan dapur jap dan terus sambung on9..apa lagi facebook la..sempat gak tgk blog aku..sedar x sedar, tetibe aku bau hangit..ya Allah, ayam aku...aku apa lagi, kelam kabutlah meluru ke dapur..nasib baik masih boleh diselamatkan..aku tuangla air sbb aku tgk minyak dah kering..then aku biarkan jap..pastu aku masukkan hirisan sosej utk menyedapkan lagi bihun aku..konon2nye la..hehe..then masukkan garam..bab ni la yg paling aku lemah sekali..aku mmg tak pandai nak sukat garam..last2 aku campakkan setengah sudu..

Bila aku dah yakin semua dah ok, then aku masukkanla bihun yg dh kembang td..ya Allah, banjir....tidakkkkk...bihun grg aku dh jadi bihun hailam..punah harapan aku..then aku besarkan api dgn harapan air cepat disejat..hmm..lantakla..last sekali aku pun masukkanlah sawi ngan cili padi yg telah dihiris halus..kali ni aku dh x peduli..lantaklah nak jadi ape bihun aku ni..yg penting aku kenyang..hehe..bila semua dah ok, aku pun pindahkan bihun dlm kuali ke dalam pinggan utk dimakan..bila rasa..tu diaaaaaaaaa....semua rasa sebati..pahit, masin, basah, pedas..semua adala..tp nk wat camne..mkn je la..hehe..so moral of the story, kalo ngah masak, jgn sesekali mengadap komputer utk buka FB ke, buka blog ke..aku plan lps ni aku nk try buat western food plak..spageti ke, lasagna ke..

Jangan terpengaruh dgn bihun di atas..ia cuma hiasan semata2..


Nota kaki:
*aku rasa lps habis phd dlm masa 3 tahun ni, aku leh jadi chef terkenal ni..hehe
*kalo ade bini kan senang, xyah susah2 nak masak..ye ke??tu kalo bini pndai masak la..
*kalo masak mcm ni dpn bakal mak mentua, cnfirm kene reject..hehe

Tuesday, January 12, 2010

Rutin harian aku sbg pelajar tua..tua ke?? hehe...

Salam semua..

Aku menulis entry ini di bilik siswazah di universiti tempat aku belajar...yup..aku bersendirian di kelilingi oleh pelajar-pelajar PhD yg lain yg rata2nya sudah berpengalaman dlm bidang pendidikan. Mula-mula aku agak kekok berada di sini..almaklumlah tempat baru dan kwn2 baru yg kelihatan sudah lama makan garam dpd aku..esok merupakan bakal pertemuan kali kedua aku dgn supervisor aku..Alhamdulillah pertemuan pertama aku mendapat respon yg positif drpd beliau. Tajuk kajian aku telah diterima. Sekarang aku sedang menulis pernyataan masalah dan kerangka konsep dan aku memberi tempoh kepada diriku selama sebulan utk menyiapkannya. Aku mahu pastikan aku dapat membentangkan proposal aku selepas setahun supaya aku dapat memulakan kajian aku di sekolah pada tahun hadapan, insyaAllah..semoga aku terus diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menyiapkan proposal aku ni.

Rutin harian aku macam biasalah..selepas solat subuh, aku akan masak ape2 la..yg simpel2 je..sardin ke, goreng telur ke, ikan bilis ke, bihun goreng ke...utk dibawa sebagai bekalan untuk makan tengahari..biasealah berkawan dgn abg2 dan kakak2 ni..tengahari diorang balik mkn dgn keluarga..so terpakselah aku mkn sendiri..hehe..waktu pagi aku lepak sama ada di perpustakaan universiti ataupun di pusat sumber fakulti untuk menyiapkan chapter 1 aku..aku akan lepak di situ hinggalah solat zuhur..selepas solat zuhur, aku akan sambung kerja aku di situ melainkan kalau aku ada kelas..sbnrnya PhD students x perlu ambil kelas..tetapi memandangkan sudah agak lama aku meninggalkan dunia pelajar ni, so aku ambil inisiatif untuk menumpang di kelas2 tertentu untuk refresh pengetahuan aku dalam dunia kajian pendidikan ni. dan waktu petang aku akan pastikan aku akan balik ke rumah sebelum pukul 4.30pm..bukan ape beb..kat area Klang valley ni tiap2 petang kalo x jammed mmg x sah..lagi2 la aku yg hari2 akan lalu PLUS hghway,masuk NKVE n pastu masuk pulak LDP..huh..kalo lambat alamatnya mlm la baru sampai..

Waktu malam pulak, kalo rajin aku ngan housemate aku masak la..kalo malas, kitorg gi pasar mlm atau mkn kat kedai je..lepas makan, tgk tv..kalo xde cite best, aku sambung buat keje balik sebelum tido..dan esoknya aku akan ulang balik rutin yang sama...huhu..

Aku wat entry ni bukan ape..ngah bosan membaca jurnal2..so nasib baik ada blog utk aku luahkan perasaan..bile berkongsi smthing dgn org lain, rasa lega..oklah berjumpa lagi dalam entry akan dtg..kepada peserta2 candid photo contest, harap bersabar..keputusan akan diumumkan dalam bulan Januari ni jugak..insyaAllah

Nota kaki:
*kdg2 facebook tmpat aku meluahkan sesuatu..
*teringat zaman2 undergrade dulu..kwn2 semua sebaya..
Related Posts with Thumbnails