Thursday, January 7, 2010

Cemburu tanda sayang??? ye ke??



Salam semua...

Cemburu?? Iri hati?? Jealous?? Semuanya mempunyai maksud yg sama.. aku berminat utk memperkatakan ttg topik ini kerana sejak kebelakangan ni aku sering rasa cemburu tak tentu pasal..adakah aku sedang dilamun cinta?? Huhu...mungkin..haha

Disebabkan perasaan cemburu yang sering melanda aku x tentu pasal, aku telah mengambil inisiatif utk bertanyakan kepada pakcik google ttg maksud cemburu yg sebenar..

Dan jawapan yg diberikan oleh pakcik google adalah seperti berikut:

DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih.

Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan. Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa mesti kita merasa cemburu terhadapnya.


Pakcik google juga telah memberikan sedikit tips utk mengurangkan rasa cemburu

1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalan yang diajukan. Sebaliknya lebih baik berdiam diri sahaja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk melukai hati kita. Mungkin ini tidak disedarinya dan jangan ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri padanya. Pujilah pasangan atau mintalah nasihatnya bila perlu dan sentiasa luahkan perasaan cinta yang membuktikan bahawa kita menyayanginya. Malah sebaiknya berikanlah dia sokongan yang berterusan agar dia merasa sentiasa disayangi dan dihargai.

4. Jangan membabitkan diri dalam situasi yang boleh membuahkan perasaan cemburu bagi pasangan seperti suka berfoya-foya, berbual-bual mesra atau bergurau senda dengan orang lain.

5. Berbincanglah dengan pasangan tentang perasaannya. Jika kita telah berusaha sedaya upaya tetapi pasangan tetap tidak boleh mengawal rasa cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan keadaan.


Terima kasih diucapkan kepada pakcik google atas maklumat yg telah diberikan walaupun maklumat yg diberikan sebenarnya sesuai ditujukan utk org yg sedang hangat bercinta. Tetapi adakah aku juga sedang dilamun cinta?? Tepuk dada tanya selera!!!!


Nota kaki:

*credit utk Qurratu A’Yun, Majalah Sinar Rohani, Feb 2005
*pakcik google, aku cemburu lain la..lain ditanya, lain yg dijawab..

11 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Laaaa.. Lain kali kasi tau laa pakcik betul2 baru dia bg jawapan yg betul.. Huhu..

ezzati said...

cemburu pn ada tips..hehe..tenkiu..

MiszskillErz... said...

i mmg tngah dlm keadaan cemburu....n thanks dgn tips2 y ade....

aurikelsan said...

u have been tagged. visit me back http://aurikelsan.blogspot.com/2010/01/win-posh-sunglass-60-discount-on-frame.html

Ena said...

cemburu? heh3x..

Syima Syaz said...

hye...
saya tak rase cemburu dgn partner saya sbb dia mmg kurang skit dgn pompuan n saya percaya dia CUMA saya selalu rase nak berkepit dgn dia.itu lh dia!!

amirah said...

cemburu biasa2 xpa r..
jgn cemburu tahap gaban suda

zara said...

mula2 saya tak cemburu pon ngan ex saya walopon dia ada kawan perempuan coz i trusted him.. tapi.........sebaliknya terjadi.. hermmm, mungkin cemburu itu perlu!

miss dayana said...

cemburu ni byk jenis en.halim... tp sy rase kes en.halim... conferm en. halim sudah jatuh cinta... cemburu tu x salah tp biala bertempat..hehehe... tp awas..jgn biarkan cemburu menguasai anda..kelak akan memudaratkan....renung2kan...hehehe

SaYraH WonDerLanD said...

cemburu ada mcm2 jenis cemburu..cemburu baek ngan cemburu buta...huhuhuh

cemburu baek nie mcm cemburu tanda sayang lah ...

cemburu membuta tu ..cemburu x tentu pasal...bercakap ngan rakan sekerja tentang keje pon nk cemburu ke? tu ah cemburu membuta..hahaha k0ot?

[biru][pink] said...

hehehe
cemburu kadang2 perlu
tapi jangan over kot.
kadang tak perlu

Related Posts with Thumbnails