Monday, December 7, 2009

Aku hanya insan biasa

Salam semua..

Video ini kubangunkan khas buat kawan2 dan bekas2 pelajar aku. Maaf kalau ada gambar kalian yg tidak dimasukkan ke dalam video ini sebab mungkin gambar kalian tiada dalam simpanan aku. Semoga persahabatan yg kite jalin akan kekal untuk selama-lamanya,insyaAllah. Nukilan sajak di bawah ku tulis khas buat anda semua.


Aku manusia biasa
Tidak sesempurna Nabi yang mulia
Tidak seagung raja yang berkuasa
Tidak sehebat tokoh yang berjasa
Namun aku masih boleh berbangga
Apa kucapai hasil keringat usaha


Aku pemuda biasa
Yang tidak punya apa istimewa
Yang tidak punya harta berjuta
Yang masih belajar mengenal dunia
Namun aku berdoa agar dilimpahi tenaga
Untuk dikekalkan semangat terus berjaya


Aku insan biasa
Yang tak terlepas dari melakukan dosa
Yang tak mampu bertahan dari nafsu membara
Yang tak terlawan dari godaan syaitan durjana
Namun aku cuba sedaya upaya
Untuk menangkis godaan yang ada


Aku hamba biasa
Makhluk tuhan yang Esa
Yang banyak cacat dan cela
Yang hidupnya banyak sengketa
Namun aku tetap bersyukur kehadratNya
Dengan segala apa yang dikurnia

Dan
Kerna aku hanya manusia, pemuda, insan dan makhluk biasa yang serba kekurangan
Izikan aku mengambil kesempatan
Andai bicara pernah menyinggung perasaan
Sepuluh jari aku hulurkan
Andai tindakan pernah kurang menyenangkan
Aku mengharap sejuta kemaafan
Andai pernah terminum dan termakan
Aku pohon minta dihalalkan


Kita hidup hanya sementara
Manalah tahu esok atau lusa
Nyawa dicabut untuk selamanya
Andai ada dendam di dada
Mohon maaf ikhlas dipinta
Dari aku, Halim Abdullah
buat sahabat yang disayangi semua

A THOUSAND OF THANKS FOR BEING MY FRIENDS

Sunday, December 6, 2009

Teruja menggunakan Adobe Photoshop!!!!!

Salam semua…

Mcm mane dgn hujung minggu anda?? Mesti ramai yg pegi tgk wayang, men bwling, kuar shopping dan sbgnya. Aku pulak cuma duduk berehat di bilik disebabkan keletihan berscuba diving smlm masih terasa. Walaubagaimanapun entah kenape tetiba aku berasa semangat utk mengedit gambar2 aku menggunakan ADOBE PHOTOSHOP. Aku begitu teruja sehingga sanggup melayari internet utk mendapatkan step by step instruction tentang cara untuk mengedit gambar. Di bawah ini antara hasil2 nukilan aku. Barangkali ramai yg berpendapat gambar2 yg aku edit nampak biasa dan tiada istimewanya tetapi tidak utk beginner seperti aku. Ape2 pun aku berpuas hati dengan gambar2 ini dan akan terus belajar menggunakan perisian Adobe Photoshop ini.

Gambar asal

Gambar diedit

Gambar asal

Gambar diedit

Gambar asal

Gambar diedit

Gambar asal

Gambar diedit

Gambar asal

Gambar diedit

Gambar asal

Gambar diedit

Gambar asal

Gambar diedit

Gambar asal

Gambar diedit


Nota kaki:
*gigih x tido mlm belajar photoshop
*klik pd gambar utk paparan yg lebih jelas =)

Saturday, December 5, 2009

My first SCUBA DIVING experience!!

Salam semua

Hari ni aku nak cerita tentang scuba diving sebab hari ni tanggal 5 December 2009, buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku, aku terlibat dlm aktiviti scuba diving. Mungkin ramai yg akan beranggapan yg aku scuba diving kat pulau2 atau tgh2 laut. Harap maaf, tanggapan anda silap..sebenarnya aku scuba diving di kolam renang. Yup, sebenarnya aku telah menyertai satu program latihan asas scuba diving di sebuah kolam renang di JB. Awal2 lagi yang berfikir yg aku akan panik tetapi tanggapan aku itu salah sama sekali. Aku dapat rasakan yg tahap keyakinan aku semakin bertambah apabila berada di dalam air. Barangkali ini disebabkan oleh pengalaman aku dlm aktiviti2 snorkeling di beberapa pulau yg telah aku kunjungi. Dalam aktiviti tadi byk istilah2 scuba diving yg telah aku pelajari spt BCD, regulator, weight dan byk lagi. Aku juga telah pelajari bahasa2 isyarat semasa berada dalam air. Terima kasih kpd instructor kami td iaitu En Adil yg telah mengajar aku dgn penuh sabar. Ape2 pun scuba diving td memang bestttttt!!!! Terus terang aku katakan yg aku masih tidak puas dengan aktiviti scuba diving pertama aku dan aku berharap agar aku akan terus dapat melibatkan diri dalam aktiviti air sebegini pada masa akan datang. Manalah satu aku akan dapat menyertai scuba diving di pulau2 menarik yg terdapat di Malaysia.

Team scuba diving..aku, paeng, dr murtadha n razi

Peralatan scuba diving

Aku n paeng

Paeng n razi

Nota kaki

*scuba diving dlm bm ape ek?? Selaman skuba ke? err...mcm x best jek bunyinye...

*sempat gak menyertai YES (year end sale) kat jusco tebrau city lps scuba..

Thursday, December 3, 2009

RESPECT: kalo mahu dihormati, kenalah menghormati

Salam semua

Hari ni aku nk bincangkan ttg RESPECT a.k.a HORMAT. Barangkali ramai antara kite yg mahu diri mereka dihormati, btul x? Tapi sebenarnya, kalo kite mahu dihormati, kite sendiri yg terlebih dahulu perlu menghormati org lain..tidak kirelah mereka itu makcik cleaner, pak guard, pekerja kilang dsbg..apabila kite menghormati org lain, maka akan wujudlah sifat rendah diri, belas kahsian dan sebagainya dlm diri kite. Pengalaman aku contohnya, apabila aku terpandangkan makcik2 cleaner di kolej mahupun di fakulti, wujud rasa kahsian aku pd mereka. Mereka bekerja keras demi mencari duit yg halal utk menyara keluarga. Kemudian akan wujud rasa rendah diri apabila kita bayangkan kalau kite atau mana2 ahli keluarga kita berada di tempat mereka.

Respect a.k.a hormat akan mwujudkan sikap tggungjawab, positif, simpati, mengambil berat dan menjadikan kite lebih berfikir akan sesuatu

Begitu juga apabila kita memandu kenderaan. Aku yakin ramai antara kita yang tertekan apabila mengekori kenderaan yg dipandu oleh kaum hawa atau individu yg masih bertaraf "P". Golongan ini juga perlu kite hormati. Dulu aku juga sedikit baran apabila memandu mengekori kenderaan yang dipandu oleh kaum hawa. Lama-kelamaan aku berfikir, buat apa aku marah2. Aku cuba utk berfikiran positif. Kita dahulu pun bukan bagus sgt sebab dulu kite juga pernah memandu dengan taraf "P". Jadi bagilah mereka peluang untuk belajar. Jalan raya pun bukan kita seorang yg punya.

Begitu juga dengan pak guard. Mereka perlu kita hormati. Mereka berkerja untuk menjaga keselamatan sesuatu institusi tertentu. Mereka sanggup berpanas dan berhujan untuk mengawal keselamatan dan keluar masuk sesebuah institusi. Jadi hormatilah pekerjaan mereka. Jangan asyik merungut kalau kita ditahan, disaman dan sebagainya kerana mereka cuma menjalankan tanggungjawab yg telah diamanahkan ke atas mereka.

Respect : GIVE IT TO GET IT!!!!

Jadi saling menghormatilah sesama kita sebagai manusia di atas muka bumi ini. Ingat, kita bukan hanya perlu menghormati org yg lebih tua daripada kita ataupun mereka yg mempunyai kedudukan yg lebih daripada kita, malah semua org di dunia ini mempunyai hak untuk dihormati. Jadi fikir-fikirkanlah!!!!!

Respect

Nota kaki :

*sbg pensyarah, aku kene respect students aku..btul x anak2 murid??

My pre farewell party

Salam semua...

Sempena aku nk sambung study n meninggalkan UTM x lama lg, aku telah organize satu pra farewell party dgn kwn2 aku (pf2 KTGB dan KDSE). Dorang yg aku masukkan dlm video kat bwh tu. Party telah diadakan di Pizza Hut, jusco Tmn Universiti, JB. Tema warna ialah BIRU. So sume kengkawan aku pakai baju warna BIRU. Di sini aku letakkan beberapa pics menarik utk tatapan anda sume..kalo dah namanye pre farewell party, maksudnye lps ni mesti ade farewell party yg sebenar..betul x kwn2?? hehehe......

Blues farewell party

Paeng n Daus yg poyo

Pasangan romantik

Nota kaki:
* x sabar nk tahu kat mane kwn2 aku nk wat farewell party utk aku..katenye surprise..huhu
*harap korg puas hati dgn hadiah2 yg aku bg..hinode shop je yg mampu


Wednesday, December 2, 2009

Kapal terbang oh kapal terbang!!!!

Aku dibesarkan di Negeri Sembilan dengan penuh kesederhanaan. Oleh kerana kedudukan Negeri Sembilan yang tidak begitu jauh dari Kuala Lumpur, hampir saban waktu aku melihat kapal terbang melalui ruang udara kawasan perumahanku. Boleh dikatakan setiap petang aku akan mengulangkaji pelajaran di bawah pokok sambil memerhatikan kapal terbang yang walaupun nun tinggi di langit, tetapi ianya masih boleh dilihat oleh mata kasarku. Setiap kali aku terpandang kapal terbang, setiap kali itulah hatiku terdetik entah bilakah aku akan dapat menaiki kapal terbang. Aku begitu ingin tahu bagaimana keadaan di dalam pesawat, bagaimana ia berlepas dan mendarat dan cantik dan kacak sangatkah pramugari dan pramugara yang berada di dalam pesawat. Mungkin disebabkan rasa ingin tahu yang sangat menebal itulah menyebabkan aku begitu teruja bila terbaca artikel-artikel mengenai kapal terbang di majalah dan suratkhabar. Aku juga akan pastikan yang aku tidak ketinggalan untuk menyertai rombongan sekolah kerana salah satu tempat wajib yang akan dilawati ialah KLIA. Bila berada di KLIA, aku akan bersemangat menyaksikan kapal terbang berlepas dan mendarat dari jauh sehinggakan pernah sekali aku rasa taknak balik walaupun bas rombongan hendak bergerak.

Pada tahun 1996, aku ditawarkan untuk melanjutkan pengajian menengahku di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur. Sejak itu, aku tanamkan azam untuk belajar bersungguh-sungguh supaya suatu hari nanti, aku bukan lagi setakat dapat melihat kapal terbang tetapi menaikinya.

Malaysia Airlines System is a 5-star airline in the world

Kini aku sudahpun bergelar seorang pendidik di sebuah institusi pengajian tinggi awam di selatan tanahair. Sehinggalah satu hari pada tahun 2006 hari aku diarahkan oleh ketua jabatanku untuk mengikuti satu kursus di Pulau Pinang. Pertama kali aku memandang surat arahan, hatiku terus berdebar-debar. Adakah kursus ini bakal menjadikan angan-anganku selama ini menjadi satu kenyataan? Akhirnya persoalanku terjawab apabila ketua jabatanku menyatakan yang aku bakal menaiki kapal terbang ke Pulau Pinang. Pada masa itu, aku tidak tahu apa perasaanku..takut ada..gembira ada…semuanya bercampur baur…Semua orang aku tanya sehingga ada seorang teman sekerjaku menasihatiku untuk mengambil ubat pening kepala takut-takut aku muntah nanti..

Menjelang hari yang bakal aku naiki kapal terbang buat pertama kali, aku langsung tidak dapat melelapkan mata. Fikiranku berkecamuk, dadaku berdegup kencang….semua perasaan masih bercampur baur..takut..gembira..ubat pening pun telah kusediakan untuk ditelan..aku juga telah diajar oleh seorang teman mengenai perkara-perkara yang perlu kubuat semasa check in, scan luggage, masuk kapal terbang, dalam kapal terbang, keluar kapal terbang dan barang-barang yang tak boleh dibawa masuk ke dalam pesawat..semua perkara tu betul-betul aku ingat supaya aku x lah kelihatan “jakun” sgt walaupun aku baru pertama kali menaiki pesawat. Ubat pening kepala awal-awal lagi telah kutelan. Tetapi effect nya membuatku sering membuang air..Aku juga cuba bersikap profesional…Dan Alhamdulillah, akhirnya impianku untuk menaiki kapal terbang tercapai.

Menjadi seorang pensyarah menuntutku melakukan banyak kerja out-station..menghadiri conference, mengawas peperiksaan, menghadiri meeting dan sebagainya. Banyak tempat yang telah aku kunjungi…KL, Kota Kinabalu, Langkawi, Penang, Jakarta…Aku bersyukur kerana usaha peritku selama ini menjadikan angan-angan aku yang satu ini menjadi satu kenyataan…Terima kasih kepada mak dan ayah serta adik-adik yang begitu banyak berkorban untuk aku. Suka untuk aku ingatkan di sini bahawa aku tidak bermaksud untuk meninggi diri atau berlagak tetapi tujuanku sekadar ingin berkongsi cerita manis dan pahit aku selama ini untuk berada pada tahap ini.

KLIA is among the best airport in the world

Nota kaki:

*aku bangga jd rkyat M'sia yg memiliki syrkt penerbgn 5 bintang n airport antara terbaik di dunia
*kdg2 utk kita rasai apa yg kite impikan, perlukan pengorbanan yg kesabaran

Tuesday, December 1, 2009

Drama2 melayu semakin berkualiti!!

Salam semua..

Aku kini dalam mood suke memblog..barangkali ramai berfikir yg aku ni awal2 excited sbb baru ade blog n lama-kelamaan blog akan terbengkalai..insyaAllah aku akan pastikan itu x akan jd kenyataan sbb aku ni jenis org yg suke menulis especially waktu aku dlm tekanan..selama ni aku menulis di facebook (notes)..byk jugaklah yg aku tulis..novel n sajak..insyaAllah akan aku pindahkan hasil tulisan aku dlm FB tu ke blogspot aku yg x seberapa ni utk dikongsi bersama (ade ke yg baca?...hehehe)..

Ok, kali ni aku cuma nak bincangkan tentang drama2 melayu yg pada pandangan aku semakin hari semakin berkualiti. Tentang drama Nur Kasih, x perlulah lagi kita bincangkan lagi sebab drama ni sudahpun berakhir. Drama2 yg aku ingin kongsikan di sini ialah drama Nenek Kebaya, Cinta Balqis dan Jangan Tegur Lagi. Dan sehingga ke hari ini aku amat berpuas hati menonton drama2 ini. Aku akan pastikan yg aku tidak ketinggalan untuk menonton drama Nenek Kebaya selepas waktu bekerja. Walaupun aku ketinggalan 30 minit memandangkan aku habis bekerja pada pukul 5 ptg, aku akan mendownload ataupun menonton ulangannya di tv9. Drama ini kurasakan amat dekat di hati masyarakat melayu. Lakonan para actors dan actresses seharusnya diberi pujian kerana membawa watak msg2 dgn bergitu berkesan. Antara watak yg mencuri tumpuan aku ialah watak Samsiah@nenek kebaya yg dibawakan oleh Diana Rafar dan watak suami kepada nenek kebaya ini iaitu Raisuddin Hamzah (ayah Sarah Raisuddin). Kemudian slps tamat drama tu, aku akan berehat sebentar sblm menonton drama Cinta Balqis. Drama ini tidak kurang juga hebatnya. Walaupun agak kurang realistik tetapi jln ceritanya lain drpd yg lain. Drama ini dibintangi oleh pelakon baru yg membawakan watak Balqis dan suami kepada Diana Rafar iaitu Zamarul Hisham. Dan drama ketiga yg aku tidak ketinggalan menontonnya ialah drama Jangan Tegur Lagi. Walaupun baru memasuki episod kedua, bagi aku cerita ini mampu menarik perhatian para penonton tv. Sehingga ke hari ini, aku hanya mengikuti ketiga2 drama ini. Pernah jugak aku tengok drama lain seperti Tari Tirana dan Kapten Kit. Tapi bagi aku Tari Tirana lebih diminati golongan remaja dan kapten Kit pula agaknya dihasilkan utk menarik perhatian golongan kanak2.

Huhu..biaselah aku org bujang. Televisyenlah yang menjadi peneman setia especially lps penat berkerja dan untuk merehatkan minda pd waktu mlm. Aku harap para produser drama di Malaysia akan terus berkarya untuk menghasilkan drama2 melayu yg berkualiti.

Nenek Kebaya, Isnin-Khamis, 430-530 pm

Cinta Balqis, Isnin-Khamis, 630-730 pm

Nur Kasih..dah habis dah


Related Posts with Thumbnails