Sunday, October 17, 2010

Rehat sekejap

Salam semua

Rehat sekejap
Untuk minda dan tenaga
Juga fizikal dan mata
Penat mengadap komputer sepanjang masa
Mengupdate status facebook entah apa-apa
Menulis di blogspot meluahkan rasa

Rehat sekejap
Untuk tenangkan fikiran
Untuk mencari ketenangan
Untuk memikirkan masa depan
Untuk muhasabah tentang apa yang telah aku lakukan
Aku perlukan masa untuk bersendirian

Rehat sekejap
Setelah hampir setahun bergelar pelajar PhD
Aku inginkan rehat untuk diri sendiri
Tahun pertama di universiti
Penuh ranjau dan duri
Bulan disember ini
Paling mendebarkan hati
Kerana pembentangan proposal PhD
Yang bakal menentukan hala tuju selepas ini

Sunday, October 10, 2010

Fakta menarik perkahwinan angkasawan negara

Salam semua

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor
yes, beliau merupakan angkasawan pertama negara
aset kebanggaan negara
raya tahun 2007
seluruh warga Malaysia menyaksikan detik-detik bersejarah beliau ke angkasa lepas
erkk...pembaziran?
lain orang lain persepsi
bagi aku ianya bukan merupakan pembaziran
tapi ianya satu bentuk pelaburan
kejayaan beliau pastinya akan menyuntik
semangat, azam dan iltizam
budak-budak tadika, pelajar sekolah rendah, sekolah menengah
untuk berjaya dalam bidang sains dan teknologi
kalau pun bukan menjadi seorang angkasawan
mereka boleh menjadi seorang saintis, doktor, engineer
yang pastinya dapat membangunkan negara pada masa hadapan

hari ini
10/10/10
tarikh beliau melangsungkan perkahwinan
dengan pilihan hati
berikut antara fakta-fakta menarik majlis perkahwinan beliau pada 10/10/10

  • Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya Dr Halina Mohd Yunos, seorang doktor bius di Hospital Selayang
  • Perkahwinan yang bakal menjadi “Wedding of the decade” dapat disaksikan secara langsung live dari kaca TV
  • Perkahwinan berkonsepkan Istana Kayangan
  • Tetamu yang bakal menghadiri perkahwinan itu nanti adalah 100 angkasawan daripada 35 buah negara disamping tetamu kehormat dari dalam dan luar negera menjadikan majlis ini bukan majlis biasa
  • Konsep tradisional dan elemen dongeng melayu itu bakal membuka mata tetamu luar negara tentang kebudayaan Malaysia
  • Pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 1 Januari lalu telah memilih tarikh 10 Oktober 2010 untuk majlis perkahwinan mereka sempena ulang tahun ketiga Dr. Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)
  • Dr. Sheikh Muszaphar sebagai anak melayu pertama ke angkasa lepas akan di tampilkan dengan pakaian kepahlawanan melayu lama

Majlis pernikahan





Kad jemputan perkahwinan








Gambar-gambar pra perkahwinan

p/s: aku pula hanya mampu bermimpi berkahwin di angkasa lepas..hehe

Saturday, October 9, 2010

Peringatan buat peminat artis Korea

Salam semua..

Baru-baru ini aku ada terbaca salah satu artikel di dalam sebuah akhbar tempatan bahasa melayu yang bertajuk Artis Punca Kes Bunuh Diri. Artikel tersebut melaporkan bahawa kaji selidik terbaru mendapati kadar bunuh diri yang tinggi di kalangan orang awam (peminat) di Korea dalam tempoh dua bulan selepas berita dan publisiti meluas tentang seseorang selebriti yang mati membunuh diri. Dengan lain perkataan, setiap kali ada artis Korea yang mati akibat membunuh diri, golongan peminat fanatik mereka akan turut membunuh diri dan senario ini sememangnya sangat membimbangkan kerajaan Korea. Salah seorang artis terkenal Korea yang membunuh diri ialah aktres dan model Choi Jin Shil yang mati pada tahun 2008. Dan bilangan peminatnya yang turut membunuh diri dalam tempoh 2 bulan selepas berita kematiannya dilaporkan ialah 1008 orang. Antara artis terkenal lain yang turut membunuh diri ialah Ahn Jae Hwan yang mana 694 peminatnya turut membunuh diri, 513 kes (Yooni), 495 (Lee Eun Joo) dan 323 kes (Jun Da Bin). Laporan ini membuktikan bahawa tidak hairanlah mengapa Korea merupakan negara kedua yang mencatatkan bilangan kes bunuh diri tertinggi di dunia.

http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_suicide_rate

Terus terang aku katakan bahawa aku bukanlah peminat cerita korea mahupun lagu-lagu korea. Satu-satunya cerita bersiri Korea yang aku follow dari awal hingga akhir ialah Autumn in my heart. Aku agak hairan kenapa ramai peminat cerita Korea ataupun artis-artis Korea di kalangan rakyat Malaysia. Bagi aku jalan cerita Korea sangat perlahan dan membosankan. Tapi lain orang lain citarasa. Walauapapun, apa yang diharapkan agar trend yang berlaku di Korea ini tidak akan berlaku di Malaysia kerana kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia.

http://soaljawab.wordpress.com/2008/07/31/hukum-bunuh-diri-dan-menyembahyangkan-jenazahnya/

Wednesday, September 29, 2010

Terbukti umur adalah sekadar angka

Dua tahun lepas
Aku menyelia pelajar praktikal di sebuah sekolah menengah
Sebelum menyelia
Lapor diri di bilik pengetua sekolah
Belum pun sempat aku duduk, pengetua bersuara
”kenapa daftar lambat? kawan2 awak semua dah seminggu menjalani praktikal”
Disangkakan aku pelajar praktikal yang lewat mendaftar
Dalam kepala, fikiranku berserabut mencari jawapan kepada soalan itu,
Jawapan yang rasional
Jawapan yang tidak memalukan pengetua tersebut
Akhirnya aku menjawab
”bukan puan..saya sebenarnya dihantar ke sini untuk menyelia..saya penyelia pelapis..yang masih belajar utk membimbing..yg bakal menggantikan penyelia senior...”
Aku senyum..tidak menampakkan riak berlagak
Menunjukkan kesungguhan dan keyakinan
Dan akhirnya pengetua tersenyum bangga

Hujung dua tahun lepas
Aku diarahkan menjadi pegawai pengiring
Sekumpulan pelajar ke pertandingan rekacipta
Di nun utara semenanjung malaysia
Sampai di meja pendaftaran
Aku mahu mendaftarkan pelajar-pelajar yang berada di bawah tanggungjawabku
”saya mahu daftar penyertaan” aku mula bersuara
”dik, mana pensyarah pengiring..suruh dia yg dtg ke sini”
Dengan memakai baju kemeja berlengan panjang
Segak bertali leher
Nampaknya masih belum terserlah gaya seorang ahli akademik
Hmm..

Pertengahan tahun lepas
Aku berada di pejabatku di fakulti
Penghawa dingin tidak berfungsi
Pintu bilik kubuka luas-luas
Badan berpeluh
Lalu ku duduk di kerusi pelajar yang mengadap ke pintu
Agar kedinginan angin dapat kurasa
Tiba-tiba seorang pelajar mengetuk pintu
”lecturer bilik ni pergi mana?”
Tersentak..
”x tahulah..barangkali pergi ke tandas kot”aku menjawab selamba
Arghh..geramnya..patutnya pelajar universiti pun kena dapatkan tandatangan pendidik sewaktu orientasi..
Macam orientasi di sekolah, pelajar junior kena dapatkan tandatangan pelajar senior

Beberapa hari lepas
Aku mahu memulangkan satu barang universiti yang baru kupinjam
Ada dua jenis kaunter
Kaunter pelajar dan kaunter staf
Kaunter pelajar panjang barisannya
Kaunter staf tiada orang
Ku pintas barisan pelajar
Sampai di pintu masuk, disangkakan aku memotong barisan,
seorang pengawal berkata
”dik, sila beratur”
”saya staf encik” dengan penuh rendah diri aku menjawab
Lalu aku dilepaskan
Sampai di kaunter pemulangan
Belum sempat aku bersuara
”dik, kaunter pelajar di sebelah sana”
Arghhhh tidak..sekali lagi..
Hmm..xpelah aku pasrah

Apa-apa pun
Aku bersyukur ke hadratNya
Terbuktilah umur adalah sekadar angka
Apa-apa pun aku mengharap
Agar bila aku berjalan dengan si dia di mana-mana
Orang tak menganggap aku berjalan dengan kakakku..
Oppsss...sorry!!
Hehe..

Wednesday, September 22, 2010

Asam Garam Seorang Pelajar "Tua"

Semalam dapat email professor luar negara
Dia beri kebenaran guna instrumen beliau
Gembira sekejap

Pagi tadi jumpa Supervisor
Agak banyak yang perlu diperbaiki dan ditambah
Tension semula

Balik rumah macam-macam perkara nak buat
Masak, sapu sampah, lap lantai
Maklumlah hidung aku ni sensitif dengan habuk
So kena sentiasa pastikan tiada habuk
Kalau tak, bersin dan berairlah hidung 24jam
Adoi penat

Lepas tu mengadap komputer
Taip itu taip ini
Lepas tu rujukan entah ke mana
Bila tengok jurnal yang bertimbun-timbun
Kepala berdenyut-denyut
Sakit kepalaku

Malam pulak banyak cerita best
Astro pulak baru pasang
Menyesal pulak pasang astro
Tarikan magnet ke depan tv terlalu kuat
Kemudian bawalah jurnal depan tv nak sedapkan hati

Pejam celik pejam celik
Dah nak dekat hari jumaat
Hujung minggu balik kampung
Bila dah balik kampung
Hmm..faham-fahamlah

Apa-apa pun
Kena displinkan diri
Gunakan masa sepenuhnya
Sementara masih bujang ni
Kena terus rajin
Cita-cita dan tanggungjawab mesti dicapai
Azam + usaha + doa + tawakkal --> Qada’ dan Qadar
insyaAllah kejayaan menjadi milik kita



p/s: bila baca balik post terdahulu di link
http://aku-halim.blogspot.com/2009/12/tension-nyah-ko-dari-hidup-aku.html
kembali senyum =)

Monday, September 13, 2010

Sebuah karya Halim Arjuna


Salam semua..

Buat pengetahuan kalian semua, selama ini aku tercari-cari platform yang sesuai untuk berkongsi tentang karya sulung aku. Akhirnya aku menemui satu laman web indie yang menghimpun karya-karya penulisan di lama web aksarakeraian.


Apa yang penting, lama web tersebut bukan merupakan tepak karya yang berteraskan populariti. Aku mengharapkan maklumbalas dan komen dari anda semua tidak kiralah positif atau negatif agar ianya boleh digunakan untuk memperbaiki mutu penulisanku dari semasa ke semasa. Penulisan ini juga bukanlah keutamaanku memandangkan aku merupakan pelajar PhD yang sentiasa sibuk dengan pembacaan jurnal, penulisan thesis, pembentangan dan sebagainya. Ia lebih merupakan hobi di kala waktu lapangku dan di kala aku perlukan ketenangan. Akhir kata, semoga terhibur.

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin


Aku manusia biasa
Tidak sesempurna Nabi yang mulia
Tidak seagung raja yang berkuasa
Tidak sehebat tokoh yang berjasa
Namun aku masih boleh berbangga
Apa kucapai hasil keringat usaha

Aku pemuda biasa
Yang tidak punya apa istimewa
Yang tidak punya harta berjuta
Yang masih belajar mengenal dunia
Namun aku berdoa agar dilimpahi tenaga
Untuk dikekalkan semangat terus berjaya

Aku insan biasa
Yang tak terlepas dari melakukan dosa
Yang tak mampu bertahan dari nafsu membara
Yang tak terlawan dari hasutan syaitan durjana
Namun aku cuba sedaya upaya
Untuk menangkis godaan yang ada

Aku hamba biasa
Makhluk tuhan yang Esa
Yang banyak cacat dan cela
Yang hidupnya banyak sengketa
Namun aku tetap bersyukur kehadratNya
Dengan segala apa yang dikurnia

Dan
Kerna aku hanya manusia, pemuda, insan dan makhluk biasa yang serba kekurangan
Izikan aku mengambil kesempatan
Sempena menjelangnya hari lebaran
Yang kita nantikan penuh kesabaran
Andai bicara pernah menyinggung perasaan
Sepuluh jari aku hulurkan
Andai tindakan pernah kurang menyenangkan
Aku mengharap sejuta kemaafan
Andai pernah terminum dan termakan
Aku pohon minta dihalalkan

Kita hidup hanya sementara
Manalah tahu esok atau lusa
Nyawa dicabut untuk selamanya
Andai ada dendam di dada
Mohon maaf ikhlas dipinta
Selamat Hari Raya Aidilfitri yang mulia
Dari aku, Halim Abdullah buat saudara-mara dan kenalan yang diingati semua

p/s: Di kesempatan ini, aku ingin menyusun sepuluh jari, memohon maaf kepada peserta Top20 Candid Photo Contest..Sesungguhnya aku hanya manusia lemah, yang hanya mampu merancang, tetapi Allah s.w.t sahaja yang menentu segala-galanya. Sesungguhnya aku tidak menyangka bahawa bergelar pelajar doktoral penuh dengan cabaran dan dugaan. Selama hampir setahun aku mengabdikan diri membaca jurnal, menyiapkan proposal, berjumpa supervisor..insyaAllah aku bakal membentangkan usulan aku. Dan insyaAllah aku juga akan cuba mencari Top5 photos terbaik selepas membentangkan proposal PhD aku nanti. Cuma aku perlukan idea mengenai mekanisme penghantaran hadiah itu nanti..Harap Maaf..



Monday, April 26, 2010

Kematian itu pasti

Kematian itu sangat pasti

Kerna itu janji Ilahi

Yang hidup pasti akan mati

Yang datang pasti akan pergi

Nyawa yang dipinjamkan ini perlu dikembali

Ianya pasti datang suatu hari nanti

Dan kita akan meninggalkan duniawi

Melangkah ke alam yang lebih hakiki



Kematian datang bila-bila masa

Tidak kira di mana kita berada

Di lautan, di daratan mahupun di udara

Di India, China mahupun di Malaysia

Kematian tidak mengenal ketika

Dalam kesibukan bekerja

Sedang enak menjamu selera

Ataupun sedang bergurau senda

Dan ia tidak mengenal sesiapa

Seorang penghibur ternama

Seorang tokoh berjasa

Ataupun seorang alim ulama

Yang pasti kita perlu sentiasa bersedia

Dari semasa ke semasa

Kerana ia datang tanpa berita

Manalah tahu esok atau lusa

Nyawa dicabut buat selama

Meninggalkan dunia yang hanya sementara



Pesanan kepada diri sendiri dan juga kenalan

Bagaimanakah persiapan?

Sudah cukupkah bekalan?

Yang akan dibawa ke hari kemudian


Takziah buat Arwah Achik Spin yang meninggal akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya LEKAS


Takziah buat Arwah Din Beramboi yang meninggal akibat demam denggi berdarah

Monday, March 22, 2010

Bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar stress wanita??

Salam semua...


Beberapa tahun yang lalu, bahagian Biologi Manusia di University Pennsylvania membuat kajian yang membuktikan bahawa peluh lelaki dapat membantu kaum wanita menurunkan tekanan serta melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini, bau ketiak lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan uji kaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh tergoda dengan bau lawan sejenisnya. Dalam kajian yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang disapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh memeranjatkan. Selain boleh menceriakan mood, aura ketiak lelaki juga ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang berasa tertekan.

gambar hiasan

Nota kaki:

*hmm...lelaki nmpaknye kena berjaga2 la lepas ni..hehe
*source: maklumat diambil drpd salah sebuah majalah kesihatan lelaki terkenal di Malaysia

Monday, March 15, 2010

Artikelku di Berita Minggu

Salam semua

Tanggal 14hb Mac 2010, buat pertama kalinya artikel aku disiarkan di Berita Minggu. Alhamdulillah, setelah sekian lamanya aku menunggu, akhirnya artikel aku disiarkan jua. Sebenarnya sudah agak lama aku menghantar artikel tsb dan hampir putus asa menunggu kerana hampir dua bulan ianya masih tidak disiarkan. Dan akhirnya aku menerima email daripada Berita Harian yg memaklumkan bahawa artikel tsb akan disiarkan pada 14hb Mac 2010 (Ahad). Artikel tsb lebih berbentuk perkongsian pengalaman pengembaraan di luar negara. Walaubagaimanapun ini mencetuskan lagi semangat aku untuk menghasilkan artikel-artikel lain yg lebih bercorak akademik, insyaAllah. Terima kasih Berita Minggu (Berita Harian).




Nota kaki:
*artikel tsb juga boleh dilayari di
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MengutipilmudiGuangzhou_Shenzen/
Article/index

Monday, March 1, 2010

Kesianlah pd diri kita terlebih dahulu sbelum kesiankan org lain

Salam semua

Dah lama aku x update blog aku...hampir2 terbengkalai...walau ape pun aku dh identify 5 candid photos yg terbaik dan tunggu masa je utk aku umumkan....sbb aku ngah terfikir kaedah terbaik utk dapatkan alamat utk tujuan penghantaran hadiah nanti...

Semasa aku update blog ni, jam menunjukkan pukul 1.00 pagi..mata still x mengantuk..aku cuba tido tp still x bole..lgpun esok aku plan nk wat keje kat umah je..so tghari nnt leh masak sendiri..bosan asyik mkn kat luar je..mak pun ada pesan jgn asyik selalu mkn kat luar sebab mknn yg dijual belom tentu bersih..so aku decide utk stay kat umah wat keje smpai tghari..pastu stop kejap utk msk lunch..rehat n then workout kat gym...

Tengahari tadi aku jln2 beli barang kat shopping complex kat area2 rumah sewa aku kat Puchong ni..sedang aku jln2, aku terpandangkan seorg budak perempuan..barangkali baru lps spm sedang mempromosikan brg2 di kedai hinode shop..hinode shop yg jual brg2 rm5...terpandangkan dia yg x putus2 brkata "singgah..satu brg 5 ringgit, tgk dulu, x beli xpe" lebih kurang mcm tu la...aku perhatikan dari jauh..org2 yg lalu lalang di situ buat x tahu je..jauh di sudut hati, kesian aku tgk budak perempuan tu..tp nk wat camne..mungkin itu konsep kedai tu utk mempromosikan brg2..tp aku tabik spring kat bdk perempuan yg keje kat hinode shop yg x jemu2 mmpromosikn brg2....kemudian aku turun ke tingkat bawah..niat di hati nk mnjamu selera..sekali lg aku lihat budak prmpuan yg duduk di luar kedai sambil membawa buku menu utk mempromosikan restoran yg berkenaan.. kesian aku tgk..last2, termakan pujuk juga akhirnya aku..kemudian aku ke toilet..biaselah lps makan..belum sempat aku masuk, aku lihat makcik2 cleaner sedang bersihkan toilet..hmm..kesian aku tgk makcik2 yg brtungkus lumus mengelap lantai...tp nk wat camne..kalaulah aku jutawan, insyaAllah dah lama aku hulur seberapa yg mampu.

Walauapapun, prinsip aku...sebelum kesian kat orang, kesianlah pada diri kita, family kita terlebih dahulu..Rezeki di tangan tuhan...kalau usaha lebih, insyaAllah rezeki pun lebih..Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dia sendiri yang mengubahnya...


Nota kaki:
*aku ni jenis cepat kesian kat org especially kalo org minta sedekah kat psr2 mlm, yg dtg masa kite makan kat
mane2 restoran, cuma aku takut kalo2 peminta sedekah ni ditunjangi oleh sindiket tertentu
*kdg2 kesian kat diri sendiri....

Wednesday, February 17, 2010

Perempuan x suka ke kalo laki2 cakap benda2 yg non sense??

Salam semua..

Entry aku kali ni lebih berbentuk ingin tahu..baru2 ni aku ada letak status berikut di facebook aku..

"org perempuan x suke ek kalo kite cakap benda2 yg nonsense dgn diorg..bukan ape, kdg2 kite nk create sense of humor je..."

Tujuan aku letak status ni bukan untuk berniat ape2 pun..aku cuma nak tahu..ye lar kata org sediakan payung sebelom hujan..so berikut merupakan respon2 yang aku dapat..

So apa pandangan kawan2 blogger sekalian..ada ape2 yg nak ditambah?
Sila klik pada image utk paparan yang lebih jelas.

Nota kaki:
*kalo free add la facebook saya..

Sunday, February 14, 2010

Katakan TAKNAK pada r***k


Ianya dihisap bangga
Penuh bergaya
Penuh bersahaja
Pada bila-bila masa
Sambil bersembang atau ketawa
Tidak kira di mana berada
Di universiti atau dalam kereta
Tidak kira apa jua upacara
Selepas bermain atau menjamu selera
Asapnya dihembus merata
Berkepul-kepul di udara
Apabila sudah pendek tidak berguna
Puntungnya dibuang di sini dan sana
Sebatang sanggup dikongsi bersama
Kononnya tanda persahabatan mesra
Winston, Dunhill, NYX dan pelbagai jenama
Kalau dah jumpa tidak peduli pasal harga
Langsung tidak terfikir undangan bahaya
Langsung tidak terfikir kesan menimpa

Kalau member minta sebatang
Dengan hati yang senang
Ianya diberi tanpa ditentang
Kalaulah duit yang dihutang
Dengan suara yang lantang
Pasti segera diminta pulang

Pesanan kepada diri sendiri dan rakan-rakanku
Kanser mulut, serangan jantung, kanser paru-paru
Itulah kesan buruk kepada mereka yang tak tahu
Itu belum lagi duit beribu
Yang hanya dibakar begitu
Untuk memenuhi tuntutan nafsu
Marilah kita sama-sama jadikannya seteru
Dan mulakan hidup baru
Kepada mereka yang masih buntu
Kita sama-sama berganding bahu
Bekerjasama dan bersatu padu
Berusaha tanpa jemu
Untuk membasmi musuh yang satu


Nota kaki:
*Sorry kalau ada sesiapa terasa,Aku hanya manusia biasa,Saling mengingat sesama kita,Agar di hari kemudian tidak merana..

Monday, February 8, 2010

Hari-hari bersejarah aku


Salam semua..


1st of all, sorry sbb dah lama aku x update blog aku ni..hmm..aku try nk curi masa utk update blog, tp masa yg kucari masih x kutemui..sblm tu suka aku maklumkan bahawa insyaAllah aku akan umumkan top5 the best candid photos dalam masa trdekat ni..

Sebenarnya, terdapat dua peristiwa besar dan bersejarah dlm hidup aku dlm masa 2 mggu lps ni. Pertama ialah, aku dah jadi paklongggggggggggggggg.....yahoooo!!! Alhamdulillah..anak buah sulung aku, cucu pertama mak n ayah aku dan cicit pertama atok aku...Walaupun baby yg diberi nama Nur Amna Qaisara bt Ala'uddin dilahirkan secara pembedahan kerana kedudukan baby yang songsang dan dilahirkan 3 mggu lebih awal dari tarikh yang dijangkakan bersalin, aku tetap bersyukur kehadratNya kerana semuanya selamat..


anak buah sulungku, Nur Amna Qaisara bt Ala'uddin

Dan yang kedua, sekali lagi aku menerima medal dalam pertandingan Malaysian Technology Expo 2010 yang berlangsung di PWTC baru2 ni..tapi kali ni aku dapat Gangsa..Alhamdulillah, aku bersyukur kerana sblm ni aku dpt 2 pingat Perak menerusi produk yang sama iaitu GeoVan...hidup GeoVan..dan yang paling manis ialah UTM menang besar pada pertandingan ini..

sedang bersemangat menerangkan produk sewaktu sesi pengadilan

awalnye dapat title "Dr" di poster produkku walaupun aku baru 6 minggu aku wat PhD..hihi..insyaAllah

Nota kaki:
*kalau mak aku digelar nenek oleh anak buah aku, so nenek aku perlu digelar apa ye?
*kalo korang perasan, salah seorg juri yang mengadili produkku ialah anak saudara Allahyarham Sudirman

Tuesday, January 26, 2010

Ape yg perlu ada pada lelaki utk menjadi idaman sang wanita??

Salam semua..

1st of all, thanks for your voting..keep voting sbb aku sendiri pening kepala nak pilih top5 candid photo terbaik..

Esok aku akan jumpa supervisor aku buat kali ke3 n insyaAllah aku akan bincangkan ttg progress bab 1 aku..dan semasa aku menulis en3 ni aku sebenarnya sedang menyiapkan bhn2 yg akan aku tunjukkan kpd beliau esok..sedang ake menulis, tetiba aku terfikir, bila agaknye aku mahu mendirikan rumahtngga..umur pun dh nak masuk 27 (27??? adoyai..dh sesuai kawen sbnrnye)..hmm tp xpelah, muka mcm 21 tahun..hahaha..sttment x bole blahh..

Walau apepun, aku terfikir ciri-ciri lelaki bagaimana yg perempuan lihat ..slm ni aku ada gak approach perempuan yg aku rasa aku dah cukup baik dgn dia tp malangnya kena reject.. =( sbb tu aku perlukan kepastian...almaklumlah aku bukannye mahir sgt dlm benda2 mcm ni..that's why aku minta pendapat kwn2 lain so that aku leh improve diri aku from time to time..aku ade senaraikan ckit ciri-ciri seorg lelaki yg menjadi pilihan wanita..cuma aku x tau yg mane satu paling penting

1. lelaki yg mmpunyai rupa paras yg kacak
2. lelaki yang memiliki harta
3. lelaki yang baik hati budinya
4. lelaki yang sempoi dan kelakar
5. lelaki yang skema
6. lelaki yang tough susuk tubuhnya

harap2 kwn2 especially kawan2 kaum hawa dapat mbntu so that aku lebih memahami perempuan..

Saturday, January 23, 2010

TOP 20 the best candid photos...

Salam semua..

Lama sungguh aku x update blog aku ni..banyak keje yg perlu aku selesaikan..nk siapkan chapter 1 PhD aku, bengkel research dan yg terbaru aku bakal menyertai pertandingan teknologi x lama lagi..dan aku baru saje balik dari JB atas urusan kerja dan kesempatan ini telah aku ambil utk brtemu rakan2 yang sudah agak lama aku x brtemu..huhu..dan akhirnya top 20 candid photos terbaik telah panel juri iaitu kawan2 (pelajar master sains komputer) aku tentukan..

Cuma aku mahu ingatkan di sini bahawa hanya lima candid photos terbaik yg akan diberikan hadiah..top 5 akan diumumkan x lama lagi..tahniah kpd yg berjaya dan kepada yg gagal, jgn putus asa..insyaAllah kalo ada rezeki, aku akan organize another contest...berikut merupakan top 20 terbaik candid photos dan ianya disusun secara random..


www.3p4h.blogspot.com

www.acerio.blogspot.com

www.alyazahraoncontest.blogspot.com

www.belovedtitin.blogspot.com

www.bintangpenyembuh.blogspot.com

www.fitrihadi.blogspot.com

www.fotonaman.blogspot.com

www.gudigudigurl.blogspot.com

www.ieyza83.blogspot.com

www.leenze.blogspot.com

www.princess-williana.blogspot.com

www.princessnies.blogspot.com

www.keroppiforever.blogspot.com

www.miszagent.blogspot.com

www.leenze.blogspot.com

www.slamzer.blogspot.com

www.sricahaya.blogspot.com

www.wan-words.blogspot.com

www.zonantaraitudanini.blogspot.com

www.skysealand.blogspot.com

Nota kaki
*sesape yg nak undi top 5, you're most welcome
*thanks to my friend, faiz

Wednesday, January 13, 2010

Bihun goreng paling x sedap yg pernah aku masak!!


Salam semua..


Hari ni mcm biaselah..aku akan masak utk bawa bekal utk mkn tghari..hari ni aku plan masak bihun goreng sbb aku tgk perencah segera bihun goreng ada dlm peti ais..ayam pun ada, sosej ada, sawi pun ada..cantik...nmpak gaya bihun grg aku hari ni lebih sedap dari hari2 sebelum ni..bihun aku dah rendam dari semalam..so hari ni aku cuma siang ayam.hiris sosej n potong sawi..bila semua bahan2 dah sedia, aku pun mulalah panaskan minyak..alamak terlebih plak minyak..lepas aku keluarkan sedikit minyak, aku mula masukkan perencah segera..ala-ala pro aku pakai apron..bukan apa takut minyak terpercik kena baju..aku guna gak pinggan kaca utk protect mata..hehe..bunyi kat dapur tu mmg bising la..mcm aku ngah masak lauk utk kenduri kawin..hehehe..bila dah kuar bau, ayam yang telah dicincang halus aku masukkan dalam kuali..ah,lama lagi ayam ni nak masak..so aku tinggalkan dapur jap dan terus sambung on9..apa lagi facebook la..sempat gak tgk blog aku..sedar x sedar, tetibe aku bau hangit..ya Allah, ayam aku...aku apa lagi, kelam kabutlah meluru ke dapur..nasib baik masih boleh diselamatkan..aku tuangla air sbb aku tgk minyak dah kering..then aku biarkan jap..pastu aku masukkan hirisan sosej utk menyedapkan lagi bihun aku..konon2nye la..hehe..then masukkan garam..bab ni la yg paling aku lemah sekali..aku mmg tak pandai nak sukat garam..last2 aku campakkan setengah sudu..

Bila aku dah yakin semua dah ok, then aku masukkanla bihun yg dh kembang td..ya Allah, banjir....tidakkkkk...bihun grg aku dh jadi bihun hailam..punah harapan aku..then aku besarkan api dgn harapan air cepat disejat..hmm..lantakla..last sekali aku pun masukkanlah sawi ngan cili padi yg telah dihiris halus..kali ni aku dh x peduli..lantaklah nak jadi ape bihun aku ni..yg penting aku kenyang..hehe..bila semua dah ok, aku pun pindahkan bihun dlm kuali ke dalam pinggan utk dimakan..bila rasa..tu diaaaaaaaaa....semua rasa sebati..pahit, masin, basah, pedas..semua adala..tp nk wat camne..mkn je la..hehe..so moral of the story, kalo ngah masak, jgn sesekali mengadap komputer utk buka FB ke, buka blog ke..aku plan lps ni aku nk try buat western food plak..spageti ke, lasagna ke..

Jangan terpengaruh dgn bihun di atas..ia cuma hiasan semata2..


Nota kaki:
*aku rasa lps habis phd dlm masa 3 tahun ni, aku leh jadi chef terkenal ni..hehe
*kalo ade bini kan senang, xyah susah2 nak masak..ye ke??tu kalo bini pndai masak la..
*kalo masak mcm ni dpn bakal mak mentua, cnfirm kene reject..hehe
Related Posts with Thumbnails