Wednesday, December 2, 2009

Kapal terbang oh kapal terbang!!!!

Aku dibesarkan di Negeri Sembilan dengan penuh kesederhanaan. Oleh kerana kedudukan Negeri Sembilan yang tidak begitu jauh dari Kuala Lumpur, hampir saban waktu aku melihat kapal terbang melalui ruang udara kawasan perumahanku. Boleh dikatakan setiap petang aku akan mengulangkaji pelajaran di bawah pokok sambil memerhatikan kapal terbang yang walaupun nun tinggi di langit, tetapi ianya masih boleh dilihat oleh mata kasarku. Setiap kali aku terpandang kapal terbang, setiap kali itulah hatiku terdetik entah bilakah aku akan dapat menaiki kapal terbang. Aku begitu ingin tahu bagaimana keadaan di dalam pesawat, bagaimana ia berlepas dan mendarat dan cantik dan kacak sangatkah pramugari dan pramugara yang berada di dalam pesawat. Mungkin disebabkan rasa ingin tahu yang sangat menebal itulah menyebabkan aku begitu teruja bila terbaca artikel-artikel mengenai kapal terbang di majalah dan suratkhabar. Aku juga akan pastikan yang aku tidak ketinggalan untuk menyertai rombongan sekolah kerana salah satu tempat wajib yang akan dilawati ialah KLIA. Bila berada di KLIA, aku akan bersemangat menyaksikan kapal terbang berlepas dan mendarat dari jauh sehinggakan pernah sekali aku rasa taknak balik walaupun bas rombongan hendak bergerak.

Pada tahun 1996, aku ditawarkan untuk melanjutkan pengajian menengahku di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur. Sejak itu, aku tanamkan azam untuk belajar bersungguh-sungguh supaya suatu hari nanti, aku bukan lagi setakat dapat melihat kapal terbang tetapi menaikinya.

Malaysia Airlines System is a 5-star airline in the world

Kini aku sudahpun bergelar seorang pendidik di sebuah institusi pengajian tinggi awam di selatan tanahair. Sehinggalah satu hari pada tahun 2006 hari aku diarahkan oleh ketua jabatanku untuk mengikuti satu kursus di Pulau Pinang. Pertama kali aku memandang surat arahan, hatiku terus berdebar-debar. Adakah kursus ini bakal menjadikan angan-anganku selama ini menjadi satu kenyataan? Akhirnya persoalanku terjawab apabila ketua jabatanku menyatakan yang aku bakal menaiki kapal terbang ke Pulau Pinang. Pada masa itu, aku tidak tahu apa perasaanku..takut ada..gembira ada…semuanya bercampur baur…Semua orang aku tanya sehingga ada seorang teman sekerjaku menasihatiku untuk mengambil ubat pening kepala takut-takut aku muntah nanti..

Menjelang hari yang bakal aku naiki kapal terbang buat pertama kali, aku langsung tidak dapat melelapkan mata. Fikiranku berkecamuk, dadaku berdegup kencang….semua perasaan masih bercampur baur..takut..gembira..ubat pening pun telah kusediakan untuk ditelan..aku juga telah diajar oleh seorang teman mengenai perkara-perkara yang perlu kubuat semasa check in, scan luggage, masuk kapal terbang, dalam kapal terbang, keluar kapal terbang dan barang-barang yang tak boleh dibawa masuk ke dalam pesawat..semua perkara tu betul-betul aku ingat supaya aku x lah kelihatan “jakun” sgt walaupun aku baru pertama kali menaiki pesawat. Ubat pening kepala awal-awal lagi telah kutelan. Tetapi effect nya membuatku sering membuang air..Aku juga cuba bersikap profesional…Dan Alhamdulillah, akhirnya impianku untuk menaiki kapal terbang tercapai.

Menjadi seorang pensyarah menuntutku melakukan banyak kerja out-station..menghadiri conference, mengawas peperiksaan, menghadiri meeting dan sebagainya. Banyak tempat yang telah aku kunjungi…KL, Kota Kinabalu, Langkawi, Penang, Jakarta…Aku bersyukur kerana usaha peritku selama ini menjadikan angan-angan aku yang satu ini menjadi satu kenyataan…Terima kasih kepada mak dan ayah serta adik-adik yang begitu banyak berkorban untuk aku. Suka untuk aku ingatkan di sini bahawa aku tidak bermaksud untuk meninggi diri atau berlagak tetapi tujuanku sekadar ingin berkongsi cerita manis dan pahit aku selama ini untuk berada pada tahap ini.

KLIA is among the best airport in the world

Nota kaki:

*aku bangga jd rkyat M'sia yg memiliki syrkt penerbgn 5 bintang n airport antara terbaik di dunia
*kdg2 utk kita rasai apa yg kite impikan, perlukan pengorbanan yg kesabaran

4 comments:

Unknown said...

en.halim...act saya pun masih menunggu ble la nk dpt naik flight ni...hihi

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hehehe~

pernah naik time g umrah ke dulu~

huhuhu~

Halim said...

nor~insyaAllah satu hari nny pasti akan dpt naik..dont worry
zara~yup..teringin sgt nk gi umrah..insyaAllah kalau ade rezeki, nk gi tahun 2010 ni

Unknown said...

insyaAllah=)en.halim nak pg umrah ye nex wik...doakn sy & kwn2 ye

Related Posts with Thumbnails